Powered By :

Followers

Wednesday, March 31, 2010

Tips Menenangkan Fikiran

1. Tarik Nafas
Ingat lagi bagaimana anda bersenam di waktu pagi semasa bersekolah dulu? Ingat lagi bagaimana kita memulakan senaman dengan menarik nafas dengan kaedah yang betul? Gunakan teknik ini untuk mula mengosongkan fikiran anda.

2. Ambil Wudhuk
Jika anda seorang yang beragama Islam, mengambil wudhuk boleh menenangkan fikiran. Kembali kepada fitrah manusia dapat memantapkan lagi rohani kita dan air yang bersih boleh mengembalikan kita kepada fitrah kejadian. Air yang segar dapat memberi tenaga dan fokus yang diperlukan dan wajah akan pasti kembali ceria.

3. Tulis
Ada banyak perkara yang bermain di dalam fikiran anda. Anda perlu mengenalpasti apa sebenarnya yang anda fikirkan untuk membolehkan minda mengurus perkara-perkara ini. Cara yang paling mudah adalah dengan menulis satu-persatu apa yang anda sedang fikirkan. Jangan cuba untuk mengenalpasti kategori perkara-perkara ini dahulu, teruskan sahaja menulis.

4. Kenalpasti Yang Utama
Setelah anda rasa puas dengan apa yang anda tulis, anda kini perlu kenalpasti yang mana yang paling utama. Tandakan dengan nombor atau gunakan “rating system” yang baik untuk membantu anda dalam proses ini. Lebih baik lagi jika anda klasifikasikan perkara-perkara ini berpandukan matlamat hidup anda dan apa yang paling penting dalam hidup anda? keluarga? kerjaya? cinta?

5. Buang Yang Tidak Penting
Pangkah atau padamkan perkara-perkara yang remeh dan tidak relevan. Perkara-perkara remeh yang anda fikirkan boleh jadi perkara seperti “Apa yang kekasih lama aku sedang lakukan?” atau “Osama hidup lagi kah?”. Anda akan dapat lihat yang kebanyakan perkara yang bermain di fikiran anda sebelum ini adalah perkara-perkara yang tidak relevan dan hanya membuatkan anda kurang produktif dalam menyelesaikan urusan harian dan masalah-masalah lain yang lebih penting. Perkara-perkara inilah sebenarnya yang menghalang anda untuk berfikir secara bijak.

6. Cukup Rehat & Tidur
Dengan memejamkan mata, atau memandang jauh ke arah kehijauan alam akan dapat memberi anda perasaan yang tenang. Tidur yang tidak cukup bermakna minda anda tidak mendapat rehat yang secukupnya. Sebab itu minda anda liar berfikir. Pejamkan mata untuk seketika di waktu rehat anda, atau keluar ambil angin dalam keadaan yang selesa dan positif.

7. Kurangkan menonton TV atau membaca akhbar di waktu pagi
Akhbar harian kita saban hari penuh dengan berita-berita yang menyanyat hati. Jenayah, kemalangan, bencana dan lain-lain boleh memberi tenaga yang negatif kepada kita. Jika anda mengamalkan tabiat membaca berita-berita ini di waktu anda bersarapan, anda akan bermula hari anda dengan pandangan yang negatif. Bangun pagi sahaja fikiran anda sudah berserabut. Elakkan atau tukar masa anda untuk membaca akhbar.
Menonton TV dengan berlebihan akan membuatkan fikiran anda menerawang jauh tentang perkara-perkara yang cuba disampaikan dalam rancangan yang anda tonton. Fokus anda kepada perkara yang lebih penting akan terjejas kerana anda mengizinkan info-info dan idea-idea baru ini masuk ke dalam minda anda. Kurangkan menonton TV.

8. Kembali Kepada Alam
Dalam kehidupan kota yang sibuk dan sesak, kita semua bergerak dengan pantas. Teknologi masa kini menjadikan kehidupan harian semakin laju. Mengembalikan diri kepada alam semulajadi akan dapat melambatkan waktu dan membolehkan anda hidup dalam waktu kini; Bukan hidup dalam waktu dahulu atau waktu hadapan, di mana anda terkejar-kejar dengan impian demi impian dan dilambatkan pula dengan kisah-kisah sedih dan sesalan demi sesalan tentang apa yang sudah pun berlaku. Bawa keluarga anda mandi air terjun atau pergi memancing dengan rakan, dan waktu akan menjadi perlahan bagi anda. Bila waktu bergerak perlahan, anda akan dapat memberi fokus.

9. Lepaskan
Anda risau tentang sesuatu? Anda rasa tidak puas tentang apa yang telah anda lakukan? Rasa marah? Berdendam? Tertekan? Cara yang paling mudah untuk mengosongkan fikiran yang berserabut adalah dengan mengalah dan melepaskan. Kita perlu menjadi seorang yang berjiwa mantap dan tegas dalam mengawal perasaan untuk membolehkan diri maju ke hadapan. Walaupun perasaan-perasaan ini adalah semulajadi, tetapi kebanyakannya adalah tidak menguntungkan. Fikirkanlah.

10. Kemas Ruang Anda
Tempat kerja atau kediaman anda perlu sentiasa berada dalam keadaan yang kemas. Mata kita sentiasa melihat, dan melihat keadaan yang tidak kemas sedikit-sebanyak akan mempengaruhi minda anda. Kita cuma tidak sedar akan hakikat ini. Ambillah tindakan dan inisiatif untuk mengemas dan anda pasti akan mendapat tenaga yang baru.

11. Berkongsi Masalah
Jangan simpan permasalahan anda. Jika anda mempunyai kekasih atau seseorang yang penting dalam hidup anda, berkongsilah masalah anda dengan mereka. Mendengar masalah orang lain juga dapat membantu anda dalam menyelesaikan masalah anda sendiri. Kadang-kadang kita tidak sedar tentang sesuatu yang lebih baik sebagai jalan penyelesaian. Dengarlah dan berbicaralah dengan hati dan minda yang terbuka.

12. Sedikit Lagi
Ingat lagi perkara-perkara yang anda tuliskan dalam langkah ketiga hingga langkah kelima? Buang separuh dari perkara-perkara ini.

13. Buat
Fikir dan buat. Jangan fikir dan terus berfikir. Buat perkara yang paling penting dan tidak mengambil masa yang lama terlebih dahulu. Jangan bertangguh!

Good Luck kawan². Selamat Mencuba.

Tuesday, March 30, 2010

Hati.

Dedicated to Hanif,

Hanif, what happen to you man? whats wrong with you? what do you need actually? where is ur happiness? where is your love? Please la jgn sakit kan hati org lain lagi.. Kau dah cukup faham n tahu utk fikir semua ni.. Who else do you have? Masa, ruang, semua kau da dapat. Now, kau nk fikir apa lagi? Ape lagi yg kau x ready? Kau boleh nasihat org, solve prob org, tp diri kau sendiri? kenapa kau x boleh buat semua tu utk diri kau?



Ye, mmg aku ada masalah perasaan sekarang. Perasaan yg aku sendiri tak tahu apa yg aku nak. Ia sentiasa berubah. Aku mmg x faham dgn apa yg aku rasa sekarang. Sakit, sgt sakit. And sakit tu bukan aku je yg rasa. Kepada sesaiapa yg banyak disakitkan hati oleh aku, aku minta maaf banyak². Kau tak bersalah. Malahan kau tersangat lah baik. Aku tak cukup ready utk terima keadaan nie. Tp aku kena kuat sbb aku x nak sakitkan hati kau lagi. Buat kau menangis.Aku tak tau apa yg aku perlu fikirkan lagi. Mungkin keluarga, masa depan, hati seseorang. Tp aku tak boleh hidup macam nie. Semoga tuhan dapat beri petunjuk kepada aku suatu masa nanti. Aku berserah.



Someone, please dont think about me anymore. It will make u cried and the tears will always be felt if there are someone name Hanif  Hasif. Focus on ur study.. Almost a month left and i hope u will move on with ur life happily.. I do miss u a lot. But i have to choose this path. I'm so sorry.. God know what is the best thing for u n me...



From: Hanef H
To: Hanif Hasif


sekian.




Tuesday, March 23, 2010

great package for me :D

Starting from today, my schedule gonna be bombastically packed! ayya..

25 to 28 March 2010 - Pulau Langkawi

         30 March 2010 - Entreupreneur Report Submission

           1 April 2010   - National Library
                                 - Yayasan Perdana, Putrajaya

            3 April 2010  - Seri Malaysia Hotel, Mersing

            6 April 2010  - Final Report IMD 353 submission

              Unknown     - IMD 354 test

                                          Seri Malaysia Hotel, Mersing
  


                                Langkawi Lagoon.

                                          Yayasan Perdana

nice package! aha!

Wednesday, March 17, 2010

R3 return












Seperti pengeluar-pengeluar kereta lain, Proton juga sudah tentu memerlukan Motorsport Division demi memenuhi citarasa peminat-peminatnya, selain mencapai kejayaan dalam arena perlumbaan. Dan yang penting ialah menolong memperbaiki mutu dan kualiti kereta-kereta keluaran Proton. Maka pada 2004 Proton telah melahirlah Motorsport Divisionnya yang dinamakan R3 (Race, Rally, Research).Antara tujuan lain adalah untuk menjadi barisan hadapan dalam pembangunan sukan bermotor di Malaysia. R3 telah diterajui oleh jurutera-jurutera Proton yang bukan saja pakar dan arif dalam arena pengubahsuaian dan perlumbaan malah ada antara mereka yang telah pun menjadi pelumba kereta! Baik di perlumbaan dalam negara mahupun luar negara. Sejak itu R3 telah mencapai kejayaan-kejayaan besar dalam arena perlumbaan tanahair. 

Pencapaian terbaiknya ialah memenagi dan mencipta rekod dalam Merdeka Millennium Endurance 2005. Pada hujung 2004 R3 telah mengeluarkan Proton Satria R3 yang secara kesimpulannya adalah model Satria Gti yang telah ditingkatkan prestasinya baik dari segi keteguhan body, kuasa enjin serta kawalan dan menggunakan peralatan-peralatan R3 (R3 performance parts). Model ini hanya dikeluarkan sebanyak 150 buah dan dikuasakan oleh enjin1.8 liter NA yang menghasilkan 140 horsepower! Tidak cukup dengan itu, R3 kini komited untuk mengeluarkan satu platform/jentera yang boleh dipercayai dan kompetitif untuk bersaing dalam di dalm siri perlumbaan antara yang termaju dan terkenal di dunia dari segi teknik - Super GT Series atau dulu dikenali sebagai Japan GT.






  The engine.










Thumbs up for R3.


This Satria R3 own by Faaiz Hafifi b Amir
SR3-029




p/s: cuba lah bawak R3 nie.pasti nak lagi. :)

Thursday, March 11, 2010

Fair Play. Four Neil. Man U vs Ac Milan.

"Anep, mcD mlm ni! hahaha!". Thats the msg yg aku dapat from Yat(One of the fanatic MU supporter).So layan kan aje la pegi tgk. Sampai Segamat, McD da penuh! Adoi. Segamat Corner lg la nampaknya.. Ingat kan MU main semalam. Aku, Yat, Sya n Id dah pegi lepak Segamat Corner. Rupanya Arsenal yg main. Congrates tu Arsengal yg menang 5-0 and aggregate 6-2 tp tonite MU menang 4-0 and aggregate 7-2. ahaha. Rooney x habis² dgn goal heading dia. He scored two goals then followed by J.S Park goal and last goal by Fletcher. Tapi yg best bila camera zoom dekat kain rentang "Welcome Home Beckham". ahaha. Beckham masuk separuh masa kedua and everyone tak da la boo dia mcm Teves kena dulu. He got no prob with the MU supporters :) I was so impressed when he make a superb shot td! wow. Lu mmg hebat. Crossing Beckham semua cantik² tp AC striker mcm x tau nk buat apa². Inzaghi sampai 3 kali offside. Adoiyai. Actually pukul 7.30 ni aku ada seminar pengurusan rekod at kampus. Tp kalau nk tido, takut tak terbangun pulak. So, keep awake aje la.


Kalau dulu-dulu tgk David Beckham kat Old Trafford pakai baju MU. Tapi tadi....
Jersi bernombor 32 dan berlambang AC Milan nie lah yang di pakai oleh Beckham :)

Sunday, March 7, 2010

When Fat become to be Slim...hehe..

Alkisah... seorang rakan apabila dulu nya sehat berisi kini menjadi slim bergaya... ku dedahkan kebenaran hanyalah untuk mempromosikan cara² diet yg berkesan.. lihat lah hasilnya apabila anda:

1) Kurang makan nasi. Byk makan mee hoon. (apa2 selain nasi pun boleh sebenarnya).
 
2) Banyakkan bermain bike or freeland. (apa2 aktiviti yg dapat mengeluarkan peluh pun boleh).

3) Kurangkan penggunaan air-cond. Tp sekarang rakan ku ini kerap menggunakan air-cond kerana bdn dia dah slim. If x, dulu2 naik kereta dia, jarang dpt pakai air-cond nie. haha. (tujuan: keluarkan wap dari badan anda sambil membakar lemak.)

4) If x ada kerja, jadilah seekers atau pun pegi shoot gambar. (aktiviti ini menyebabkan anda kurang tidur dan secara x langsung menyebabkan aktiviti seharian anda bertambah. Maka lebihan masa lemak membkar telah terhasil. Amaran: tip yg keempat ini kadang kala akan mengganggu kesiahatan anda.

aha, itu lah diantara tips yg diperoleh dari seorang rakan. sekarang, mari kita lihat hasilnya:


                                           sebelum:

 
sedang berusaha keras dlm proses menguruskan badannya.

selepas:


 
closed up
                                                     nie dari jaoh sket. dah kurus kan?

Jadi, ikutlah tips dari rakan ku ini. semoga anda boleh jadi slim sepertinya juga. :)
To "rakan" yg terbabit, ini bukan lah untuk revenged session tp untuk memberi motivation untuk org di luar sana ye. :) *hihihiihahahaha, padan muka kau cha. haha


Ok, kat bawah nie saya selitkan sekali tips² lain untuk menguruskan badan.

1) Janganlah terlalu memikirkan masalah berat badan sehingga mengganggu ketenteraman fikiran. Di sini terdapat tip-tip bagi anda yg sedang berdiet.Jgn asyik menimbang berat badan. Ini dah termasuk dalam kategori masalah psikologi. Tak elok tu…Kalau timbang berat turun..tak apa.Tapi kalau tak turun..tentu kecewa, kan? Jadi cara paling baik ialah menimbang berat badan tidak lebih dari sekali saja dalam seminggu. Jika naik atau turun, barulah nampak perubahannya.


2) Sibukkan diri anda dengan hobi menarik, terutama sekali jika anda sedang menjalani program diet baru. Ini akan mengelakkan diri anda dari asyik memikirkan keberkesanan program tersebut atau makanan yg enak-enak.

3) Makanlah sarapan pagi awal2. Jgn cuba elakkan sarapan pagi kerana ia adalah jadual makan yg paling penting.

4) Bacalah nutrisi di label pemakanan sebelum memakan makanan yg dibeli. Elakkan memakan makanan yg berlemak atau berkalori tinggi. Paling baik, makanlah makanan yg banyak serat.

5) Buat target berat badan yg realistik utk dicapai dan buatlah perancangan yg sesuai. Jgn memaksa diri anda mencapai target yg tak logik utk dicapai dlm masa yg cepat.

6) Bagi ganjaran pada diri anda sekiranya target tercapai. Contohnya, memakan satu bar cokelat yg sedap. Perlu diingat, sekali-sekala memakan makanan yg sedemikian tidak mengapa.

7) Positifkan diri! Yakin anda mampu mengurangkan berat badan.
8) Rajinkan melakukan senaman seperti sit-up. Jika mampu, berkunjunglah ke gym yg berdekatan. Senaman membentuk otot yg sihat. Otot membakar lemak.

9) Ubahkan corak pemikiran anda. Jgn terlalu obses utk kurus. Sebaliknya cuba lebih menghargai bentuk badan anda dan bersyukur dgn anugerah Tuhan.

10) Turun 1 kg dalam sebulan secara tetap adalah lebih baik daripada turun berat badan yg banyak secara drastik dan mendadak. Ini boleh mengganggu kesihatan anda dan mungkin jikalau anda berhenti diet, berat badan anda akan naik pula dgn mendadak. Malah mungkin lebih teruk dari dulu. Oleh itu, jgn kecewa jika berat badan anda tidak turun dgn cepat.

11) Dapatkan nasihat doktor sebelum membuat keputusan utk membeli produk diet dan pil-pil diet yg banyak di pasaran dan farmasi. Preskripsi doktor adalah lebih selamat dari mendengar cakap2 kawan atau jurujual di kaunter jualan yg bermulut manis.

12) Jgn mudah terpedaya dgn iklan2 merampingkan badan atau produk2 utk kurus yg berlambak sekarang. Kebanyakannya adalah indah khabar dari rupa dan tak sesuai utk kita. Malah ada yg menipu. Banyak wang yg dilaburkan tetapi hasilnya tak seperti yg dijanjikan.

13) Makan malam awal, sebaik-baiknya sebelum atau pada pukul 7.00 malam. Jgn memakan makanan yg berat selepas waktu itu kerana kadar metabolisma yg rendah pada waktu malam akan menyebabkan makanan disimpan sebagai lemak.
                                                              Sources: pakarhowto.com

                                                         
So, selamat mencuba :)

Thursday, March 4, 2010

5 tips cara terbaik menghasilkan foto dari camera digital anda.

1. Kenali kamera anda.
Tahu mcm mana u all nk control exposure, camera flash, try to use different modes. Then baru la anda betul² memahami n mengenali kamera anda.

2. Belajar mengawal flash.
Sebenarnya penggunaan flash bergantung kpd keadaan sama ada anda perlu menggunakan flash atau tidak. Sebagai contoh, ketika anda mengambil gambar outdoor, it is sometimes good to turn on the flash to illuminate the subject, especially if he or she is in the shade. Tetapi, anda juga blh tidak menggunakan flash ketika mengambil gambar indoor. Semuanya bergantung kpd keadaan cahaya. Sometimes, meggunakan flash tidak menampakkan originality warna kulit dan harsh glare kpd foto anda.






3. Bermain dgn macro mode
Kini, hampir semua kamera digital di dunia mempunyai macro mode effect. Usually canon, it represent macro mode by a flower symbol. Macro mode membolehkan anda memfokus sesuatu objek secara dekat (close-up). kebiasaannya digunakan utk mengambil gambar bunga, ataupun serangga. Menggunakan macro mode, anda mampu memfokus sesuatu object secara dekat mengikut tahap kemampuan kemera anda. Make sure you allow the camera to focus properly before depressing the shutter button fully.




4. Gunakan tripod
Bila anda memerlukan tripod? well, ia nya berguna apabila anda mengambil gambar dlm keadaan low-light condition ataupun anda ingin mengambil gambar object yg sedang bergerak laju. Sebagai contoh, anda ingin mengambil gambar keadaan bandar ketika waktu malam. Sebaiknya, carilah tripod yg sesuai dgn camera anda dan senang di bawa kemana².

                                               credit to: Jellow


5. Bermain dgn ISO setting
ISO setting sgt berguna kepada kualiti hasil foto anda. Jika anda ingin mengambil gambar object pegun seperti bunga, sentiasa lah menggunakan ISO rendah. It allows for a longer shutter speed and produces a cleaner image. If you're shooting a moving object, like a baby playing with a toy, then a higher ISO setting dalam lingkungan 400 adalah memadai. Do take note, however, that a higher ISO setting gives a faster shutter speed and requires less light. This will produce noiser photos. 




So, selamat mencuba. :)



 

Monday, March 1, 2010

Photo of the day.

 
model: Afan place: Pusat Latihan dan Rekreasi Jementah, Segamat.
Camera: EOS 400D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Link Exchange:

Sponsored By :