Powered By :

Followers

Wednesday, March 17, 2010

R3 return












Seperti pengeluar-pengeluar kereta lain, Proton juga sudah tentu memerlukan Motorsport Division demi memenuhi citarasa peminat-peminatnya, selain mencapai kejayaan dalam arena perlumbaan. Dan yang penting ialah menolong memperbaiki mutu dan kualiti kereta-kereta keluaran Proton. Maka pada 2004 Proton telah melahirlah Motorsport Divisionnya yang dinamakan R3 (Race, Rally, Research).Antara tujuan lain adalah untuk menjadi barisan hadapan dalam pembangunan sukan bermotor di Malaysia. R3 telah diterajui oleh jurutera-jurutera Proton yang bukan saja pakar dan arif dalam arena pengubahsuaian dan perlumbaan malah ada antara mereka yang telah pun menjadi pelumba kereta! Baik di perlumbaan dalam negara mahupun luar negara. Sejak itu R3 telah mencapai kejayaan-kejayaan besar dalam arena perlumbaan tanahair. 

Pencapaian terbaiknya ialah memenagi dan mencipta rekod dalam Merdeka Millennium Endurance 2005. Pada hujung 2004 R3 telah mengeluarkan Proton Satria R3 yang secara kesimpulannya adalah model Satria Gti yang telah ditingkatkan prestasinya baik dari segi keteguhan body, kuasa enjin serta kawalan dan menggunakan peralatan-peralatan R3 (R3 performance parts). Model ini hanya dikeluarkan sebanyak 150 buah dan dikuasakan oleh enjin1.8 liter NA yang menghasilkan 140 horsepower! Tidak cukup dengan itu, R3 kini komited untuk mengeluarkan satu platform/jentera yang boleh dipercayai dan kompetitif untuk bersaing dalam di dalm siri perlumbaan antara yang termaju dan terkenal di dunia dari segi teknik - Super GT Series atau dulu dikenali sebagai Japan GT.






  The engine.










Thumbs up for R3.


This Satria R3 own by Faaiz Hafifi b Amir
SR3-029




p/s: cuba lah bawak R3 nie.pasti nak lagi. :)

6 comments:

hanif hafiz said...

gilak..
bpe harge ni..
nk beli 1..

jammbush said...

sekarang yg satria da xde yg baru. yg 2nd hand rm 45-50 k. neo ade la yg baru.

jammbush said...

sekarang yg satria da xde yg baru. yg 2nd hand rm 45-50 k. neo ade la yg baru.

L@n@ said...

dah bawak dah .. alahai .. hubby dah tukar enjin, masuk mivec 1.8 .. mmg best giler .. mmg jauh beza ..

jammbush said...

enjin asal pun dah 1.8. lagi mantap. r3 betol or convert je jd r3?

fizah said...

salam kamu kenal faaiz hafifi b amir dia kawan saya masa sek rendah.. at last jumpa gak dia tak der fb ke? tlg suggest leh tq

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Link Exchange:

Sponsored By :