Powered By :

Followers

Thursday, May 27, 2010

Air Kelapa Bakar


 Jarang kita dapat melihat air kelapa bakar di pasaran. Namun itulah hakikat nya. Di sepanjang jalan Kuantan - Segamat, Sebuah gerai menjual air kelapa bakar yang dikatakan mampu memberi tenaga kepada pemandu jalan raya supaya lebih segar ketika memandu.


Menarik nya air kelapa bakar ini ialah, kelapa nya dibakar dahulu sebelum dihidangkan kepada pengunjung. Nak di bezakan dengan air kelapa muda, air kelapa bakar ni di minum secara panas. Sampai melecur lidah di buatnya. Sewaktu kunjungan aku bersama rakan², kami terpaksa order air batu utk dicampur bersama kelapa bakar tersebut. Kalau tak, sampai ke malam la menunggu air kelapa tu sejuk sikit.

Bagaimana pula dengan harga? Harga sebiji kelapa bakar ni ialah RM3.50. Tapi sebiji air kelapa bakar ni boleh dikongsi berdua sebab jika tambah ais, air ni memang banyak. Dikatakan di utara semenanjung juga terdapat gerai yang menjual air kelapa bakar ini. Tetapi, ada juga yang membuat.air kelapa berempah. Wow, memang variasi penggunaan buah kelapa ni sebenarnya.


So, bagi yang belum mencuba, selamat mencuba. (:

5 comments:

Anonymous said...

amboi yus minum air kelapa pun pakai singlet..bujang bebenor die

coki - coki said...

ohhh.
ada ke dekat segamat ?
i selalu ulang alik takde pon. hermm(:

noor afzan said...

uu...kalau minum x de ais panas la kan.

jammbush said...

jalan nk ke segamat. bkn dekat segamat cik coki0coki. area2, selancar klau x silap.

afzan, time musim panas ni, nk minum panas tak selera sgt. hehe

adrinaqamarina said...

kte suke kelapa bakar...
*rindunye nak minum air kelapa...kat egypt ta de pokok kelapa...
hak2
*ta expired ag kan entry ne...boley komen ag kan?
:)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Link Exchange:

Sponsored By :