Powered By :

Followers

Monday, May 31, 2010

Khasiat Madu Lebah

Siapa meminum madu di pagi hari selama tiga hari setiap bulan, nescaya ia tidak terkena penyakit yang berat” (Riwayat Ibnu Majah melalui Abu Hurairah r.a.”)




Baru² di kampung ku, sepupu aku atau lebih di kenali sebagai Abang Mat pulang ke kampung. Tanpa melengahkan masa, dia terus ke bangunan stor di belakang rumah atuk ku. Dan pulangannya ialah.....




Ahah, ini lah pulangan yang sangat lumayan! Abang Mat mendapatkan sarang lebah ini dengan menggunakan parang dan sabut kelapa yang di bakar untuk mengaburi pandangan lebah. Madu yang terdapat pada sarang lebah itu sangat lah banyak dan masih segar. Agak terkejut apabila Abang Mat membelah sebahagian sarang lebah itu dah menyuruh aku menghisap sarang lebah itu. Ini pengalaman pertama aku merasa madu dari sarang nya terus menerus tanpa perlu memerah terlebih dahulu.




At first, agak janggal untuk menghisap sarang lebah tu. huhu... Tapi, rasa ingin cuba tu membuatkan aku nak juga untuk mencuba.. (:





Apa lagi, hisap jangan tak hisap.. Sangat pekat madu yang di hisap tu.. Memang betul² how liou! haha..






Dan ini lah hero kita yang mendapatkan sarang lebah tersebut tanpa memakai baju! Sangat berani! Ladies n Gentleman, please dont try this at home.



Antara penemuan saintifik tentang khasiat madu dapat disimpulkan seperti dibawah:


1.      Kaya bahan anti oksidan yang menghalang free radicals daripada bertindak ke atas sel-sel yang boleh menyebabkan kanser (BBC, University of Zagreb, Croatia);


2.      Antara sumber tenaga asli bagi tubuh yang terbaik e.g. Meningkatkan kekuatan otot dan stamina badan (British Honey Importers and Packers Association)


3.      Pembunuh kuman daripada jenis bacteria, fungus dan protozoa (University of Waikato, New Zealand);


4.      Mampu menyembuh ulser dan luka dengan lebih cepat dan berkesan (University of Waikato, New Zealand);


5.      Boleh merawat penyakit mata (Fotidar MR, Fotidar SN);


6.      Mampu menjadi antibiotic yang lebih berkesan (University of Cardiff, Wales).


1 comment:

RaMa2UnGU said...

ngeeeeheeeeee
madu memaang sedaaaaapp,,,
bagus diamalaka sbb mmg banyaaak la khasiat dia..
leh jadi peneymbuh luka dll

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Link Exchange:

Sponsored By :