Powered By :

Followers

Thursday, June 3, 2010

Budak Dua Tahun Merokok Dipujuk Ibu?



PALEMBANG - Seorang ibu di Indonesia yang cuma mahu dikenali sebagai Diana mengakui dia sudah berputus asa bagi memaksa anaknya berusia dua tahun berhenti merokok 40 batang sehari, lapor sebuah akhbar semalam.
Anak wanita itu, Ardi mendapat perhatian penduduk dunia pada minggu lalu selepas imejnya menghisap rokok disiarkan di beberapa laman web.
Bapa budak itu dilaporkan memberikan anaknya itu sebatang rokok untuk dihisap semasa dia berumur 18 bulan.
"Saya merokok semasa hamil tetapi selepas saya melahirkan anak, saya berhenti merokok," kata ibu Ardi itu kepada stesen televisyen CNN.
"Saya tidak mengingati bila (anaknya mula menghisap rokok) tetapi kami pergi ke pasar dan tiba-tiba sebatang rokok berada dalam genggaman tangannya.
"Malah, semasa dia masih bayi, apabila menghidu bau rokok, dia akan berasa gembira," tambahnya.
Menurutnya, Ardi kerap muntah dan menghentak kepalanya ke dinding semasa marah kerana tidak diberikan rokok.
Ardi kini menjadi selebriti di negaranya apabila beberapa orang memberinya rokok apabila dia muncul di tempat awam.
Namun, Diana berazam untuk menggunakan pendekatan berlembut bagi memujuk anaknya itu berhenti merokok.
"Saya mengetahui bahawa saya tidak boleh menggunakan paksaan terhadapnya tetapi saya perlu berlembut dengannya," jelasnya. - Agensi

Aha, hebat bukan si kecil ini? Bayangkan jika si kecil ini adalah anak Malaysia. Apa yang akan terjadi? Renung-renungkan. (:



sumber:kosmo





    

13 comments:

hentakbelipat said...

ini aku rase paru2 die mmg jenis ade nano particle kot..selambe 40 batng satu hari...gile ba

jammbush said...

haha, tu la pasal. umur 5 tahun dah main dadah agak nya. haha

HELLO !!! said...

haiyoooo...
budak 2taon kott??
tgk cm 10taonn..
ishhh...

senandung semalam said...

knpe la org awam pun kasi rokok kt dye...bkn nk hentikan,siap galakkan lg..mcm2 la dunia skang

MiSs TOrA said...

dahsyat tu..adeii..macm ne le bdk ni blh isap 40btg rokok sehari..giler dasat tu ;p x tabakar lak mulut die ek hehe

jammbush said...

aha nk buat mcm mana, x ada kesedaran dyorg nie..

haha, tu la, mengalahkan org dewasa hisap sampai 40 btg.

akuvision said...

guna pujukan pun rasanya tak berkesan, mak bapak kena bertegas sedikit untuk kesihatan anaknya itu

jammbush said...

aha tu la, hrp2 la ibu bapa ni kene tegas kan

Normi Ali said...

muka budak ni pun mcm x sihat jer...

Ana Mardia said...

nasib baik tau merokok je..klau taw wat mende lain mcm mane...wakakaka xnak pk bukan2 pelis

Yuni Aisyah said...

gila 2 tahun dah ketagih rokok..nie salah parent dia la sape soh bg rokok..ish2..

Kyosingcat said...

tu laa...budak tu kecik lagi....patutnye mak bapak dier rotan je dak tu kalo x dengar kate sangat. Tapi kyo bace tadi mcm bapak dier plak yang sumbat rokok dlm mulut dak tu mase kecik. Bapak oh! bapak. Aduh laaa.

a.z.n.e.e said...

ades... hayat pulak mcmner?? cepat sgt hisap rokoknye.. mgkn mak bapak dia tak tahu kot keburukan merokok..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Link Exchange:

Sponsored By :