Powered By :

Followers

Friday, August 13, 2010

Who is KETUT LIYER?


Ketut Liyer? Begitu unik namanya. Beliau terkenal sebagai seorang penilik nasib yang terkenal di Bali, Indonesia. Ketut Liyer mendapat perhatian media apabila terlantar di hospital kerana sakit jantung.
Ketut Liyer popular menerusi buku memoir terlaris yang dihasilkan penulis Elizabeth Gilbert berjudul Eat Pray Love.




Ketut Liyer dimasukkan ke hospital beberapa hari sebelum sebuah filem yang diadaptasi dari memoir berkenaan dan dibintangi aktres, Julia Roberts memulakan tayangan di Amerika Syarikat.

Julia berlakon sebagai Gilbert dalam filem tersebut yang mengisahkan tentang seorang janda yang kecewa mengembara selama setahun ke Itali, India dan Bali untuk mencari ketenangan.
Julia bertemu dengan Liyer semasa penggambaran dan beberapa adegan filem itu dirakamkan di rumah penilik nasib tersebut.

Ketut Liyer dianggap sebagai seorang selebriti di kampungnya, Ubud sejak buku tersebut berada di pasaran pada 2006.
Ramai pelancong dan penduduk tempatan telah berkunjung ke rumah lelaki itu di Pulau Bali untuk menilik nasib.

Cucu perempuannya, Wayan Puspita Sari, berkata, datuknya yang berusia 96 tahun itu pernah ditawarkan untuk muncul dalam beberapa iklan televisyen dan media cetak.  
sumber; kosmo

3 comments:

hans said...

wah
jadi tukang tilik pun boleh femes kan?


P/S : Itulah Bro! Kalau Nak Drift Tu Tutuplah Cermin Tingkap Kereta Tu Dulu! Kan Ker Ekau Dah Malu! Kahkahkahkahkah!

belalang hijau said...

perh bukan calang2 mamat nih yea...
siap julia robert belakon dlm movie kisah idup dia...dasat betoi...

jammbush said...

hans: tu la. x yah blajar tinggi2 pun. huhu

belalang: ahaha, julia robert dh berkenan la tu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Link Exchange:

Sponsored By :