Powered By :

Followers

Thursday, August 11, 2011

Mesir Mari..







Last Wednesday, Hafiz just came back from Egypt. Coincidentally, me n my mum went to KL to settle up several document at MARA, so just pick him up terus la at KLIA. That was very wonderful day i think (:
So, around 10.45pm baru lah kami tiba di rumah.. We stop by at RnR Temerloh untuk berbuka. Apa lagi, Pak Arab ni pekena ikan patin la.. Ye la, kat Mesir mana nak dapat ikan patin kan and sampai di Kuantan pula, dia nak durian pulak. Angkut la 2 plastik untuk dia... hehe.. Kali ni, he going back dengan bawak macam²  food and beverage. Mungkin tema dia balik kali ni food and beverage. Malang nya, kurma tak ada. hehe.. 
So, ni lah apa yang dibawa dari Mesir pulang ke Malaysia.. 

Juice and cordial from Egypt.. memang best and very juicy.. sgt pekat. .

Ini pula supplement named "Baraka"..  Its good for health and diet.. *sape berminat, bgtau ye. hehe..
Yang ni murah la sikit dari farmasi cause my brother bought it directly from Egypt.
Kelebihan Habatussauda tersangat lah banyak. So boleh tengok lebih details tentang
khasiatnya disini ye.

Ini pula ialah magnet fridge from Muscat, Oman and kuih raya perisa
oren from Egypt. Bagi rakyat Mesir, Bulan Ramadhan ialah bulan raya bagi
mereka. So, kuih raya memang awal² pun dah di jual.

This one is chocolate rolls. Yummy! sedap! 

Carrefour! hehe.


Okay, thats all guys! (:

Friday, July 29, 2011

*__*

Since last night, my heart feel very uneasy.. Everything that i did, is totally not in a good mood.. Gosh, i hate what i felt right now.. tak kan sebab Singapore beat Malaysia? Um, no lah.. I dont think so.. I know this kind of feeling just in a meant time je. But dunno when i can get back on the track.. Despite everything is done,  the heartbeat is still going fast.. So bizarre with my self right now..  I wish i could refrain my self from the negative thinking that out of my mind.. Pls.. Dear God, help me..

Wednesday, June 22, 2011

Insan Istimewa (:











Haih, rasa nya dah lama x mengupdate disini. Luckily got some free time for typing. Keje dah siap! :D So, like what i just said before, i just wanna share bout Sindrom Down. I've met 2 types of SD people before this. Yg first tu, mereka ni sgt pasif. Everything we need to handle n help them even dah umur 20 an pun still kena pakai pampers coz mereka x pandai bercakap. Ok, another type pulak is SD yg aktif. There are very easy to handle actually. Even boleh pergi ke skolah. I have a friend named Edy. He is one of SD peops. When the 1st time i met him, dy x byk ckp, dtg come forward to me, then terus salam. He's really nice n kind actually. Then, we go together to supermarket. Hehe, bukan main laju lagi si edy ni tolak trolly. Maybe dy seronok dapat jalan2 kan. Actually, kita x payah nk lyn dyorg ni mcm child sgt. Mereka dah big enough. Edy ni dah 21 tahun. So, easy to handle la. Even, mintak tolong dia pegi timbang barang pun, dy still can did it! Edy ni pun pandai bawak motor n penah pergi kesekolah. One thing yg special bout edy ni, he has a strong spirit, keinginan untuk membantu ibunya, dan ada keinginan untuk mencari duit. Can't wait to meet u again edy. :) Okey, kat bawah ni ade serba sedikit details bout SD. (:



MENGENALI SINDROM DOWN
Ramai pernah mendengar namun ramai juga cetek pengetahuan mengenainya. Ia bukan penyakit moden atau penyakit 'orang kaya', malah Sindrom Down (SD) tidak tepat dikatakan penyakit.
SD tidak boleh diubati. Ia terjadi kerana keadaan baka tidak normal. Dianggarkan SD terjadi pada kadar satu bagi setiap 650 kelahiran. Perkembangan mental dan fizikal kanakkanak SD lambat berbanding kanak-kanak biasa.
Kanak-kanak SD perlu pendidikan khas seawal mungkin agar dapat membantu mereka berdikari. SD terbahagi tiga—Trisomi, Translocation dan Mosaic. Tidak kira jenis apa, kanak-kanak SD boleh dikenali melalui wajah mereka yang hampir sama.

Masalah kesihatan dihidapi kanak-kanak SD:
  • Sakit jantung berlubang
  • Mudah mendapat selesema, radang tenggorok, radang paru-paru
  • Kurang pendengaran
  • Lambat/bermasalah bertutur
  • Penglihatan kurang jelas



Suasana membesarkan kanak-kanak SD:
  • Suasana persekitaran penting, membantu pembesaran   kanak-kanak SD. Ketenangan dan kemesraan penjaga dapat merangsang penerimaan pembelajaran lebih cepat.
  • Alat permainan perlu sesuai teknik pengajaran. Ia perlu ditambah untuk mengelak kebosanan mereka.
  • Kanak-kanak SD perlu berasa selamat, disayangi dan diterima   keluarga serta masyarakat. Ini membantu membentuk imej diri positif dan mendorong mereka belajar.
  • Disiplin perlu diterap pada usia awal. Nyatakan had tingkah laku yang dibenar dan tidak dibenarkan.
  • Perlu beri pujian kepada setiap kecermerlangan dicapai.

Membantu kanak-kanak SD bertutur
Kebanyakan kanak-kanak SD lambat bertutur. Mereka wajar dibantu pada usia awal. Antara langkah perlu diambil:

  • Adakan kegiatan atau permainan bahasa yang dapat menarik perhatian mereka.
  • Cuba dapatkan perhatian sebelum bercakap dengan mereka.
  • Jangan terlalu banyak bertanya. Tunggu tindak-balas mereka dan beri mereka peluang menjawab.
  • Guna ayat pendek dan bahasa mudah difahami.
  • Sambil bertutur, buat aksi atau lakonan.
  • Latihan berterusan.
  • Pilih masa sesuai, terutama ketika mereka masih segar dan aktif.
  • Tumpu kepada satu perkara. Beri masa, peluang dan latihan sebelum beralih kepada latihan baru.
  • Guna setiap peluang, berinteraksi dengan mereka.
  • Selalu beri tindak-balas kepada setiap percakapan mereka.
Peringatan kepada ibu bapa:
  • Cara terbaik kanak-kanak SD mempelajari perkara baru, melalui boneka.
  • Pilih alat permainan sesuai tahap perkembangan kanak-kanak.
  • Sedia bahan sampingan untuk permainan khayalan.
  • Jangan terlalu memaksa mereka melakukan sesuatu.
  • Boneka pilihan atau kesayangan, dapat dijadikan pendorong.
  • Apabila kanak-kanak SD boleh bermain dengan alat permainan mudah, mereka boleh dibiarkan bermain sendirian.
  • Jangan biar kanak-kanak SD bersendirian. Mereka perlu bergaul, memberi dan menerima tindak-balas daripada rakan.
Cadangan kepada ibu bapa
Jangan berasa sedih jika dikurnia anak SD. Ibu bapa perlu tabah dan atasi perasaan itu dengan menyayangi, membimbing dan mengajar mereka seperti anak normal.
Ibu bapa perlu membuat rujukan doktor, sekiranya mendapati anak mereka SD. 

Ciri fizikal kanak-kanak SD :
  • Hidung kemek
  • Lidah tebal dan kerap terjelir
  • Tapak tangan lebar
  • Tapak tangan ada hanya satu lipatan
  • Jari kelengkeng tangan melengkung
  • Jarak ibu jari kaki dengan jari kedua, lebar
  • Leher pendek dan besar
  • Kelopak mata berlipat-lipat
  • Sendi longgar
  • Otot lembik
Kepentingan permainan
Permainan penting membantu pembesaran setiap kanak-kanak.
Ia membantu pemahaman mereka mengenai kehidupan. Melalui permainan juga, kanak-kanak SD menjadi cerdik dan berkeupayaan memahami hubung kait, sebab dan akibat.
  • Permainan selidik dan jelajah
- tertarik kepada semua benda
- mengutip dan membelek objek
- menggigit, membaling dan menggosok objek pada permukaan lantai, untuk mendapatkan tindakbalas
- merangkak dan bertatih serta berminat membuka almari, laci, bakul atau kotak.
  • Permainan membina dan kognitif
misalnya, mencantum gambar berdasarkan corak, bentuk atau warna
  • Permainan sosial
- ketawa apabila digeletek
- bermain sembunyi-sembunyi
  • Permainan khayalan
- berpura-pura menjadi orang lain dalam suasana berbeza
- bermain masak-masak
  • Permainan merangsang pergerakan otot
- berlari, melompat, memanjat, menari dan mengayuh basikal
  • Permainan bahasa
- meniru gaya cakap
- menyanyi




Pemilihan Alat Permainan

Umur

Permainan

0 - 6 bulan

Loceng, alat permainan bergerak, tangan sendiri atau alat permainan yang boleh dipegang dan digigit

6 - 12 bulan

Alat permainan berbunyi dan boleh ditarik serta
permainan cantum bina

12 - 18 bulan

Kotak boleh disusun tinggi, kepingan kadbod
bercorak, bol, ai, buku bergambar

18 bulan -

Kotak, kepingan kadbod bercorak, permainan cantum 2 tahun bina, buku bergambar, boneka

*jangan pernah kecewa atau malu jika anda mendapat saudara mara, adik beradik mahupun yang mengalami SD. Sesungguhnya mereka ialah insan istimewa. Setiap manusia mengharapkan yang terbaik. Tapi Tuhan pasti tau apa yg terbaik untuk kita. Terima lah seadanya. Mereka juga berhak untuk mendapat kehidupan seperti manusia lain. (:
Pesanan ringkas itu tadi diberikan khas tulus ikhlas dari hati saya. Assalamualaikum dan selamat beramal! :D 

Monday, May 23, 2011

exhausted!


Haih, i'm freakin tired right now! seriously.. lost appetite to eat.. dunno why.. today, student punya la ramai datang ke counter to pay their debt. If not, they cant sit for exam. So, dah mcm ada kenduri dah at finance dept ni. Then today ada jamuan minum petang utk kelab Shahputra. So, all their staff involve. Paling best when my mum arrange kan makan untuk jamuan tu n she tot jamuan tu esok. Nasib baik lah, one of my mum's friend yg pergi kerja dgn us pagi tadi ask my mum again about jamuan tu.. After mak dapat tau jamuan tu today, memang boleh nampak perubahan yang berlaku keatas muka my mum. haha! Suppose, my mum dah order roti jala from Mimi (my aunty) utk tomorrow la konon nya. Suddenly after dah tau yg jamuan tu today, ape lagi, kelam kabut la dy call mimi. Then mimi ckp memang tak sempat nk siapkan roti jala tu sbb nk buat roti jala is quite complicated. So, bincang punya bincang, tuka la roti jala kepada laksa. Haha. Okey, end dah satu problem. The  next problem is, about kuih! Pasal kuih ni pulak, my mum decide to serve "Kuih Kepai" utk jamuan tu. Pernah dengar tak nama kuih kepai tu? hehe. Kuih kepai ni diperbuat dari kelapa if i'm not mistaken. xpe, nnt tgk pic kat bawah. :D So, kuih kepai ni blm siap lagi di shape kan. Then, b4 pegi keje tadi, kene la bawak adunan kuih tu dgn bahan² yang lain. Klau x, emm.. mmg x makan la kuih tu utk jamuan petang ni.. So, sampi je ofis td, me n mum keluar semual heading to my cousin house. Kat sana, dengan berkemeja, tie lengkap, berstokin, haha, terpaksa la tolong buat kuih tu! haha! mood nk buat kerja dah xde since dapat buat kuih sambil tengok tv. And mak pulak, buat kuih sambil jawab call dari parent pre-medic student yg akan buat persediaan ke Timiur Tengah di Shahputra. Memang x putus2 call. Kesian pulak tgk my mum.. Dengan bantuan my cousin, siap la jugak kuih tu. Tapi sakit pinggang pulak sbb duduk lama sgt! :( Then going back to office. Now, mereka tgh berjamuan n i just sit at my place. (: Hmm, my next post, i think i wanna share about down sindrom. Till then.
okey, ni lah kuih kepai tu ;) left side tu debu² utk kuih tu and ada kat atas tu yg dah siap shape n dah letak debu (: ohoi, ticket ke perth is just for RM469. yawn! jum!

okay, shape yg ni pulak different sket. hehe. xde keje.:p
-hanef h-

Friday, May 20, 2011

Tawar

Dah tawar hati agaknya.. xpla.. Thank you.

Thursday, May 19, 2011

Celcom ke Maxis? Yang Mana Berpatutan?







Hey guys.. today i'm in dilemma to choose which one is better, convenience, affordable n cheap! :D Actually, i'm planning to have one blackberry since few numbers of my buddies dah pun pakai blackberry. So, why not i take one aite? :D So, my option is either maxis blackberry package or celcom. So, if you guys ada yang penah guna any package, pls share with me kay? Thank you. *tak sabar.

So, here are some available package:
 1) celcom blackberry plan

 2) maxis blackberry plan

Wednesday, May 18, 2011

Migrain? Apa puncanya?


Adoi sakit kepala!!
Duuno why suddenly i want to share with u guys about this kind of disease which usually affected people nowadays. Before this, tak pernah tertarik pun nak ambil tahu pasal ni. But now, i really want to know bout it (: 
Migraine ialah sejenis penyakit kepala yang kronik. Mangsa migrain selalunya tidak mampu menjalankan tugas seharian, malah ada yang tidak boleh makan, minum dan hanya menghabiskan masa di bilik tidur.  Kira-kira 12 peratus daripada golongan dewasa di negara ini menghidap migrain dan sebahagian besar daripada mangsa adalah wanita yang masih didatangi haid. Apabila mengalami migrain, pesakit biasanya mengalami sakit kepala yang teruk. Punca sebenar penyakit ini masih belum diketahui sehingga kini.





Actually, ada several factor yg menyebabkan migraine ni berlaku. Antaranya:

1) Tekanan emosi/ stress/kurang tidur dan banyak berfikir.
2) Pengambilan makanan seperti cokelat yang mengandungi monosodium glutamate.
3) Makanan tenusu seperti keju dan susu.
4) Makanan masam seperti buahan citrus or jeruk.
5) Minuman berkafein seperti nescafe/coke/coffee.
6)  Faktor persekitaran seperti suhu yang terlalu panas atau sejuk, cahaya terlalu terang atau bunyi yang terlalu bising.

Migrain terbahagi kepada dua jenis iaitu migrain yang wujud bersama aura dan migrain tanpa aura. Aura ialah perasaan ataupun fenomena yang subjektif dialami individu sebelum mendapat serangan penyakit. Pesakit migrain dengan aura mengalami pelbagai gejala seperti pandangan menjadi kabur dan nampak garisan seperti zig-zag ataupun gelombang seperti situasi yang dialami apabila berada di tengah jalan dalam cuaca panas terik. Kadangkala, penglihatan pesakit juga terhalang dan keadaan menjadi lebih teruk apabila pesakit tidak dapat melihat buat sementara waktu. Keadaan ini dikenali sebagai skotoma. Pesakit juga ada kalanya mengalami kebas sebelah tangan ataupun lemah anggota badan, terutama kaki dan tangan. Aura selalunya berlaku dalam tempoh beberapa minit hingga satu jam. Pesakit kadangkala mendapat migrain selepas satu hari mengalami aura. Bagaimanapun, ada juga pesakit yang tidak mengalami aura dan terus mendapat migrain.

Kira-kira 40 peratus migrain dialami di seluruh kepala, 40 peratus bermula pada sebelah kepala dan merebak ke seluruh kepala, manakala 20 peratus lagi bermula pada sebelah kepala dan tidak merebak ke seluruh kepala. Serangan migrain datang secara berperingkat dan kesakitan mencapai tahap maksimum selepas tempoh beberapa jam. Bagaimanapun, migrain selalunya dialami antara tiga hingga empat jam dan maksimumnya mengambil masa antara tiga hingga empat hari.

Selalunya, penghidap migraine akan mengalaminya seminggu sekali ataupun enam bulan sekali. Kita boleh melihat apabila pesakit itu kelihatan pucat dan berpeluh. Ha, maknanya nak migrain la tu. So, always be prepared kay? Bagaimanapun, migrain selalunya dialami antara tiga hingga empat jam dan maksimumnya mengambil masa antara tiga hingga empat hari. Mangsa juga kadangkala mengalami strok sementara. Dalam keadaan ini, mangsa mengalami lumpuh sebelah badan, tetapi keadaan itu hanya sementara dan akan pulih seperti biasa. Keadaan ini berlaku berikutan pengecutan urat darah dalam otak. Insyaallah kita semua tak ada la sampai tahap ni kan since our lifestyle tak minum minuman keras like western lifestyle.

Antara gejala lain migraine adalah seperti :
  1. Loya dan muntah-muntah. Kira-kira 70 peratus pesakit berasa loya dan sebahagian daripadanya muntah-muntah.
  2. Penglihatan pesakit menjadi begitu sensitif. Contohnya, mereka mengadu sakit mata apabila melihat cahaya. Keadaan itu dikenali sebagai fotofobia.
  3. Pendengaran turut menjadi sensitif dan keadaan itu dikenali sebagai fonofobia. Dalam keadaan ini, pesakit mendengar lebih kuat dan jelas setiap bunyi di sekelilingnya walaupun ia perlahan.
  4. Kemerah-merahan pada kulit, pada keliling mata ataupun dahi.
  5. Badan berpeluh.
  6. Pesakit terasa persekitaran mereka bergerak-gerak seperti menaiki bot, mabuk laut ataupun vertigo.
  7. Bercakap dengan suara perlahan. Pesakit tidak bercakap kuat kerana ia lebih menyakitkan.
  8. Pitam dan boleh menyebabkan pesakit mengalami kecederaan anggota badan.
Bagi yang mengalami sakit kepala lebih daripada tiga hari, anda perlulah mendapatkan rawatan susulan daripada doktor kerana anda mungkin menghidap penyakit lain.

So, kita dah tau symptom nya. Now, how kita nk merawat migraine ni?

Rawatan dapat dibahagikan kepada dua kaedah iaitu rawatan serangan dan pencegahan. Melalui rawatan serangan, pesakit dinasihatkan supaya berehat di dalam bilik yang gelap dan sunyi. Mereka diberi ubat seperti Paracetamol dan apabila perlu mereka diberikan Ubat Penahan Sakit dan Radang Bukan Steroid (NSAID).

Sekiranya kesakitan masih berterusan, doktor akan memberi ubat terkini iaitu Sumatriptan sama ada melalui suntikan ataupun ditelan. Kira-kira 80 peratus pesakit menunjukkan tindak balas positif pada ubat itu. Bagi pesakit yang sering muntah, mereka diberikan ubat Ergotamine yang perlu dimakan sama ada ditelan ataupun dimasukkan ke bawah lidah ataupun melalui suntikan.

Thursday, May 12, 2011

Part-time Jobber!

Haha, today is my first day! oh i mean 1st dat of working! ngehehe..
Actually, this is not the first time i work here. before this i've been working here.. so, not too awkward to 'huhahuha' with the staff. :) Then, during the lunch hour, we've been served with KFC! Yummy! thx to Madam Sally for the KFC! :D Btw, today i'm not officially working yet. But mum really need my help. So, 'anak misali' must put head down n listen! haha. Urgh, i miss someone. :|
later then..

Tuesday, April 5, 2011

Siapa Hana Tajima ni? Gambar dan video.

Perbualan kaum wanita muslim masa kini:
"eh, macam mana u balut shawl mcm tu?"
"eh, macam mana u balut shawl mcm ni?"
"eh, boleh ea pakai shawl mcm tu?"
"nampak leisure la. (:"
"cantik nye style shawl u."
"macam mana i nk tiru u pki shawl mcm tu?"
"Ala, senang je. Tanye la HANA TAJIMA (:"
"tp mcm mana i nk jumpa HT?"
"youtube kan ade. (:"
"jum tgk!"
"ni, i da letak video² HT pki maxi dress and shawl kat bawah ni. tgk la."
"owh really? thank you. semoga kita sama² cantik ea nnt. (;"















Tu dia, from StyleCovered, presenting HANA TAJIMA.... :D





  Hana Tajima. Sound weird aite? Exaclty because she's mixed! Darah kacukan british and japan ni skali tengok mcm org Korea bertudung pun ade kan. Actually, she is a fashion designer. At first, i thought dia ni artis or selebriti. hoho.. Hana ni asalnya stay kat London. Then moved to Malaysia. Nama sebenar dia is Hana Tajima Simpson. haha. great name. yeah! Rekaan dia now dah spread to Indonesia, Brunei and Singapore..For me, Hana ni membawa watak yang sgt relax, cool and leisure.. Urban style la lebih kurang cara dress up dia ni.. She's look very fascinating i think! :D


 



Nak cite panjang pun hang pa suma dah kenal sgt dia ni kan. More details, can search through her blog and Stylecovered.com..
Zaaass!

Saturday, March 12, 2011

Teruknya Tsunami di Jepun! Gambar dan Video.

Seperti yang semua sedia maklum, tsunami di Jepun berlaku di sebabkan gempa bumi berskala 8.9 skala ritcher petang semalam. Ombak setinggi 10 METER mengakibatkan sebahagian kawasan di Jepun di tenggelami air.. Bayangkan, ombak setinggi 10 meter. Mungkin lebih tinggi dari ketinggian rumah anda.. 





Kejadian itu mengakibatkan banyak kes kecederaan, namun kes kematian masih belum diperolehi dari kawasan yang dilanda bencana di pulau Honshu.


Ombak setinggi 10 meter dilaporkan melanda Sendai di timur laut Miyagi, pulau Honshu mengakibatkan banyak kapal, kereta dan sisa runtuhan dihanyutkan ke kawasan bandar. Gempa bumi itu mengakibatkan gegaran kuat bangunan di Tokyo yang dihuni 30 juta penduduk.

Sekurang-kurangnya enam kes kebakaran dilaporkan di Tokyo akibat gempa selain menyebabkan sistem subway dihentikan, siren kecemasan dibunyikan dan orang ramai berpusu-pusu keluar dari bangunan.

Kepulan asap dikesan membabitkan sekurang-kurangnya 10 lokasi di bandar raya itu di mana lebih empat juta kediaman terputus bekalan elektrik selain beberapa kawasan ditenggelami air termasuk kawasan letak kereta Disneyland Tokyo.

Gempa bumi berlaku pada jam 2.46 petang (0546 GMT) selama dua minit dengan gempa pertama kira-kira 400 kilometre di timur laut Tokyo, menurut US Geological Survey.

Ia diikuti beberapa gempa susulan antaranya sekuat 7.1 skala richter.

Perdana Menteri, Naoto Kan memanggil sidang Kabinetnya sejurus dilanda gempa dan kerajaan Jepun menghantar kapal tentera lautnya dari Tokyo ke kawasan yang paling teruk di timur laut Miyagi.

Jepun terletak di atas Lingkaran Api Pasifik dan turut mempunyai titik gunung berapi di mana Tokyo terletak di antara kawasan paling berbahaya.

Amaran tsunami turut dikeluarkan kepada Taiwan, Russia dan Kepulauan Mariana, kata Pusat Amaran Tsunami Pasifik.

sumber: www.harakahdaily.net.


Lihat di bawah, beberapa gambar dan video tsunami di Jepun:




Kereta, lori macam sampah sarap je..


Macam ni ke rupe tempat airplane landing?

Masih dapat dilihat gelombang tsunami yang melalui Sg. Naka di bandar Hitachinaka selepas gegaran 8.9 skala ritcher berlaku.

Sebuah kilang minyak di Ichihara mengalami letupan besar akibat gegaran yang kuat.

Pusaran. Sebuah kapal kecil kelihatan tidak terdaya lagi untuk melawan pusaran tsunami yang sangat besar..


Ketika gegaran berlaku. Pekerja berlindung di bawah meja.

Dah macam permainan... Mana ultraman? mana doremon?

Gelombang tsunami yang mula merempuh tebing pantai..

Air yang menjadi igauan penduduk Jepun..

Keadaan rumah yang di rempuh gelombang tsunami...

Terdapat juga rumah yang terbakar...

Ombak setinggi 10 meter.. Cuba anda bayangkan? ombak setinggi bangunan 2 tingkat... mungkin lebih...

jalan motorsikal ke jalan kereta ni?

ni gambar paling menarik. Kereta yang baru sahaja siap di pasang telahpun disusun rapi, kemas, padat dan berhimput oleh gelombang tsunami..

Ni ada sedikit video untuk tontonan dan atas keprihatinan anda untuk menonton:





Semoga Jepun kembali pulih. Kepada sahabatku, Syahrul Adli yang kini berada di sana, semoga berada dalam keadaan yang selamat dan sihat..


Kepada sahabat seluruh dunia, Miyabi yang kini mungkin juga berada disana, semoga berada dalam keadaan yang selamat dan sihat juga hendaknya...


sekian (:

Thursday, March 3, 2011

All is well

After 3 days in Kelantan, abu back to Pahang dengan hati yg berdebar. Debarkan mengenai pembedahan yg kan dijalankan kepada ibunda tersayang pada jam 2 petang. Jam 7 pagi abu tiba di Kuantan Medical Center (KMC).. Setibanya di KMC, abu terus ke bilik emaknya di bilik 213. Rindunye bile dia dapat melihat wajah mak dan ayahnya.. (: Tapi time tu emak abu dah mula berpuasa untuk pembedahan tersebut. Lebih kurang 10 minit abu di atas, emak nya menyuruh abu pulang untuk membawa atuk nya pula ke hospital yg selalunya di lakukan oleh ayah abu jika abu tidak berada di rumah. Memandangkan ayah menjaga emaknya, abu harus juga mengahantar atuk ke hospital memandangkan sudah 2 minggu terlewat. Selepas bersarapan pagi bersama ayahnya, abu pulan ke pekan pula untuk membawa atuknya ke hospital.. Selesai urusan atuk di hospital, abu bersama adiknya, hadri pergi semula ke KMC sebelum emaknya di bedah. Alhamdulillah, mereka sampai sebelum emak mereka di bedah. Tetapi ketika itu emak nya sudah pun bersiap sedia untuk di bawa ke dewan bedah.
ecece, muka steady je lagi time ni (;
Mak sebelum di masukkan ke dewan bedah. Tak dapat nak menahan sebak after on call with ayong. All is well mum. (:

Jam 2.15 pm, emaknya di masukkan ke dewan bedah. Lebih kurang 3 jam lebih di dalam dewan bedah, akhirnya mak abu keluar dari dewan bedah pada jam 5.35 pm. Muka nya pucat tak bermaya. Selepas 30 minit mak abu dikeluarkan, ayat pertamanya ialah, "hanif, sejuk...." ape lagi, kebetulan dimasa yg sama ibu saudara abu yg bertugas di hospital pekan ada, jadi dia lah yg banyak membantu sambil dibantu oleh ayah abu, abu, dan makciknya. Mereka meletakkan beberapa lapis pakaian di atas emak abu untuk memberi haba.






After 3hours ++ in surgery hall.

Bibir mak pucat. Sejuk dan dahaga agaknya. 

Malam tu mak dah mula sedar tapi still mamai² sebab bius still tak abis lagi. Then nurse datang, tambah lagi dengan ubat tahan sakit. Then mak collapse semula. While ada orang tgkkan mak time tu, abu bersama ayahnya pergi dinner bersama. Then dapat panggilan dari adiknya, Hafiz yg on that time tengah ketakutan di bumi mesir akibat tunjuk perasaan penentang Husni Mubarak.
Menurut hafiz, gambar di atas melihatkan sekumpulan penduduk yg mula utk membuat rusuhan.


Sedih sebenarnya tengok keadaan diyorg kat sane..
If tak silap, ni perjalanan mereka dari alex nk airport utk di bawa ke jeddah.
Ni la pesawat tentera yang akan membawa mereka ke Jeddah. Mengikut fakta Hafiz, Charlie ni mampu memuatkan 200 org sahaja,. So bygkan, ramai² tu nk kene sumbat dalam Charlie tu. Diyorg memang tak dapat nak duduk dengan selesa dalam Charlie tu n ada yg terpaksa berdiri.  Seorang pelajar wanita yg bertuah kerana pesawat Charlie yang membawa pelajar wanita telah pun berlepas dan pelajar wanita yg ke 201 itu terpaksa la naik bersama pelajar² lelaki ni. Tapi yang istimewa nya, pelajar tersebut berpeluang duduk bersebelahan dengan pilot Charlie. Wow. 
Antara anak Malaysia yang meraih ilmu di bumi Mesir.
Ni pulak di airport jeddah kot. If x silap la. x pun dekat tabung haji Malaysia.


Oke² dipendekkan cerita, mak abu beransur pulih hari demi hari sehinggalah ke hari terakhir iaitu pada hari ahad.. What a nice Chinese New Year dapat celebrate dgn nurse² , mak n ayah kat hospital.. Paling tak boleh dilupakan oleh abu when ayah penat sgt, then mak kejut tapi ayah tak sedar. Then abu la yg menolong emaknya nk minum air. Time tu, dapat rasa tanggungjawab sebagai seorang anak sulong tu sangat besar apabila dah dewasa. (:

 Ni budak ni tak tau la motif dia datang nak jaga mak or nak guna connection internet yg laju. >.<

 Mak n ayah abu tengok tv nak update berita pasal Hafiz time tu. Tak miss satu berita pun pasal Mesir time tu. huhu.

Ni pesakit kedua. So, xde katil, dapat toto je. haha.

Hari ahad tu will be the last day jugak abu mengahabiskan cuti mid term break nya. So, before balik, need to meet up with family first dekat KMC. Suddenly abu mcm terbau bau secret recipe la. Tapi buat² tak tau je lah. Ntah² kek orang lain ke. ahaha. So, abu bersama rakan² yang menumpang nak ke KL, singgah dulu di KMC. aha! dah agak. Memang got surprise there! TADDDAAA!!!

 Though birthday nya is on Tuesday, tapi Sunday tu mak abu nak celebrate dah memandangkan abu dah nk pulan ke KL. So, happy birthday abu dan ayahnya yang memiliki tarikh lahir yg sama 8 February. (:


 Birthday boy & birthday 'boy' jugak ke? hehe. birthday man la. hehe. :D
 Love both of you deeply. (:
Kek tu last² jadi mcm ape ntah after mengharungi perjalanan 8 jam ke KL. 8 jam???? gila lama! ni la hadiah dari rakyat Malaysia pulak:

 Ambik kau! Jammed! 20km before nak sampai tol Karak until lepas tol Gombak! pfft!
tercabut dah kaki abu menekan clutch manual that time.

Lane menghala ke Kuantan pun terpaksa digunakan untuk menghala ke KL. Ha, ini lah hadiah nye. Thx Malaysian! :D

Akhirnya sampai kembali ke Shah Alam lebih kurang jam 9 malam. Ayya. Penat woo. Tp tu la, apakan daya. Klau ada helicopter, dah sampai dah si abu ni ke Shah Alam tu petang tu jugak. haha.

Oke, tak tau dah nak cerita ape. Itu saja kisah abu! 
Sekian.



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Link Exchange:

Sponsored By :