Powered By :

Followers

Tuesday, February 15, 2011

Cerita 65 jam 15 minit.

Al-kisah...
Ntah datang angin ape, tibe² rs nak berjalan ke negeri Cik Siti Wan Kembang.. hihi..
Di pendek kan cerita, on 30 January yg lalu, abu(bukan nama sebenar) bersama rakan yg lain yg sememangnya berasal dari Kelantan, mengadakan lawatan ke negeri Kelantan.. Tapi hati abu tak berapa nk senang kerana mengetahui ibu nya akan menjalani pembedahan pada 2/2/2011. Ertinya lawatan nya ke Kelantan, tidak dapat dilakukan dlm masa yg lama... Abu menaiki bas pada jam 8malam di terminal bas shah alam. Di hantar oleh rakannya menaiki kereta nya sendiri. Baru terasa diri seperti ada driver bila dapat duduk di belakang. :D Thx to je jockey yg menolong. hihi... Abu bersama 8 orang lagi rakannya mula bertolak ke Kelantan menaiki ekspres errrrr.. x ingat ekspres ape.. hehe.. " Tahniah abu, anda berjaya mendapat sit bertuah iaitu sit paling depan sekali." haha.. silau weh duduk depan.. Terima kasih kepada ali(bukan nama sebenar) yg duduk bersebelahan denganku dan menyediakan dengan pelbagai cerita yang menarik.. Haha, sampai ke KL jugak kite bercerita kan.. Pap pup pap, dah sampi ke hentian putra. Ntah ape yg lama sgt di hentian putra, bas meneruskan perjalanan sehingga ke Merapuh di mana driver bas berhenti utk berehat n tukar driver.. Ali(sahabat bersebelahan dengan abu  di dalam bas tadi) memang seorang yang peramah.. Tak henti² dia melayan driver bas berbual..  Ye la, mungkin di dalam hati nya niat nya tak nak bg abg driver mengantuk kan.. alhamdulillah.. Di sebabkan pengorbanan ali, driver bas memandu bas dengan cemerlang skali. 






Jam 6.40pg, abu turun dari bas di Wakaf Che Yeh menunggu sahabat nya, bob(bukan nama sebenar) yang akan datang mengambil abu. Bob selaku rakan yg sudi menumpangkan abu di rumahnya. Jam 7.30 pagi, bob sampai menjemputku. If bob lambat sket tadi, merasa makan nasi lemak. :p Setibanya dirumah bob, abu berehat seketika sebelum di hidangkan dengan nasi kerabu putih yg belum pernah di cuba oleh abu sebelum ini. Then around 2pm, ana(bukan nama sebenar), datang menjemput abu dan bob. Untuk pengetahuan, ana ialah 'gewe' kepada bob. Boleh tahan jugak ana ni rupenye, kecik² tp bawak kete manual steady je. ;) Ana kemudian singgah ke rumah oni(bukan nama sebenar) utk membawa oni keluar bersama kami. Then we gather with lili(bukan nama sebenar) at KB Mall. Ape lagi, bg yg belum makan, mereka pekena laksa sedap di dalam KB Mall tu. huhu. Then mereka decide untuk ber'bowling' pulak lepas perut masing² dah kenyang.. zasss! Ops sebelum tu, pia(bukan nama sebenar) hadir utk memeriahkan suasana.

Ni lah antara peserta yg terlibat.. 
abu
pia, bob, n ana
lili, pia n ana
ana membuat balingan sambil di perhatikan oleh pia.
oni n pia..
Setelah penat ber'bowling, mereka dibahagikan kepada dua kumpulan. Satu kumpulan berehat di rumah oni, dan satu lagi kumpulan berehat di rumah lili. Tgk la si oni n pia tu. Bukan main nikmat lagi muka dapat pekena milo buatan lili yg rasa nya seperti milo Mcd. hehe. Maghrib². Abu! semayang. :D
Inilah dia selaku tuan rumah. huhu..

Jam 8.30pm mereka bergerak ke destinasi seterusnya iaitu The Ritz Boutique n Restaurant yg tak jauh dari rumah lili. Ape lagi, zasss

Antara menu yang sempat di snap before 'hilang': hihi.

 Ikan Siakap Nyonya

 xtau ape name masakan ni. haha

Tom Yam Putih yg x berape nk pedas.

Setelah perut masing² kenyang berisi... huhu..

Oh ini pelakon tambahan selaku rakan rapat Pia iaitu Piu(bukan nama sebenar)

Mereka bersiap sedia untuk pulang. (:

Setelah menjamu selera, kami pulang ke rumah masing².. Terima kasih kepada lili yg menghantar kami pulang.. huhu.. Setelah tiba di rumah, bob dengan pantas nya mengajak aku ke pasar borong. Mata dah berat, tp semangat nk berjalan tu masih kuat. haha. Di pendekkan cerita, aktiviti ke pasar borong x jadi, kami just lepak minum sambil menonton vcd cetak rompak 'the green hornet'. Aktiviti bersambung utk keesokan hari nya...


Untuk keesokan hari nya, mereka membuat perancangan untuk ke Rantau Panjang(bersebelahan dengan Siam). Kat sana barang duty free, so memang best klau bawak duit berkepok kepok kn. Tapi duit abu tak de la banyak tu. Dah ade budget dah untuk ke RP. So, tak nak exceed the budget. Lebih kurang jam 9.30 pagi, Piu datang menjemput bob, ani, n abu. Manakala lili, bersama pia pergi menjemput tetamu utk hari itu seramai 3 orang. So, mereka berjumpa di sebuah kedai makan yang menyediakan hidangan lauk pauk yg beraneka pilihan. Air juga di beri secara percuma di kedai tersebut.

 Ini lah tetamu utk hari tersebut. mat n mid (bukan nama sebenar)
 Lili bersama seorang lagi tetamu iaitu ali yang duduk bersama abu didalam bas tempoh hari.
Fuyyo pia, control makan sebelah piu. :p

Okay ape lagi, moh bergerak! aha, so perjalanan di teruskan ke Rantau Panjang. Lebih kurang 15 minit dari tempat mereka menjamu selera, tibalah mereka ke RP. Whoaaa, pengalaman pertama buat abu. (:

 Owh, so excited at this time! :D

 Hello uncle, cantik motor!

 Here we go...

 Lai lai lai...

 Agak² berapa la saiz sluar ni? Haha, besar gile weh!

 Bukan main lagi si mat n ali ni duduk bersanding sambil mid konon² nk buat jugak la tu. ;p

 Lili sebagai model untuk masjid persinggahan kami. Masjid ini berkonsepkan bangunan cina dan di fahamkan, masjid ini bernama Masjid Hang Li Po (Lili,2011).




Ini pula destinasi terakhir kami iaitu Pantai Irama, Bachok. Bob dan Ani tidak dapat join bersama di atas sebab² tertentu. (Perut bob buat hal). hihihi. :p

After bersantai seketika di Pantai Irama, mereka kemudian pergi merasa air kelapa Bachok Sebelum tu, kami sempat melawat ke tandas awam Pantai Irama ni. Bayaran yg di kenakan ialah RM0.50. So, kami expect ianya sgt la memuaskan. Tapi apa yg kami dapat ialah seketul t**k yg berada di dalam sink!!! Grrr~ Dah la bau tandas tersangat la 'wangi'. Yg tukang jaga tandas kat depan tu tunggu kutip duit je. Geram btol. Around 7pm, kami bergerak pulang. Bye pia n piu yg balik ke destinasi yg berasingan...

Kata org, malang tidak berbau., Itulah yg terjadi kepada kami after tayar kereta lili pecah dlm perjalanan untuk menghantar mat n mid pulang.. aha, tp its a part of memory actually.. Klau x, xde la abu dapat tukar baju selamba badak kat tepi jalan.. haha.. xpe xpe, darurat :p After lili's dad coming, we decide biar la lili balik dlu memandangkan rumah nye x jauh dah dari tempat kejadian. Nk tuka tayar spare mmg x dpt la sbb rim 17inch mak oi! Tp pape pun, thx la DAQ65 n lili yg dah bersusah payah bawak mereka ke sana sini kay. (:

Oke now turn abu, mat n mid menunggu kedatangan adik mat. Pendek cerita, mak mid sebenarnya dah sediakan juadah untuk abu, lili n mat. Tp adik mat kire mewakili lili la ye.. hihi..  Rumah mid sgt unik sbb rumah nye memanjang dah gabungan antara dua rumah. Sgt menarik. Di rumah mid memang meriah. Ramai sanak saudaranya yg ada ketika tu. Abu hanya sempat berbual seketika kerana tiket bas untuk ke kuantan ialah pd jam 10 malam. Kemudian, kami bertolak ke rumah mat. Lebih kurang dalam 10 minit sahaja di rumah mat, kami kemudian bergerak menuju ke terminal bas. Dalam perjalanan tu alangkah terkejut nya melihat deretan kereta yg di saman oleh pihak polis kerana kesalahan parking. Kereta yg kene saman tu semuanya x dapat parking utk tgk game Kelantan vs Terengganu kat stadium..

Setibanya di terminal, abu dah deal dengan piu utk berjumpa. Piu nk bg sweater kpd abu. Tengok², pia pun ada bersama piu. Haha! ape lagi, bebual dlu la. haha, tak sangka pulak si pia ni masih lagi melekat bersama si piu.. huhu.. thx to pia n piu yg sudi hantar sweater tu, Tu la, sape suruh niat nk kene kan abu. Dah kene hantar sweater tu. :p Then, pia n piu pulang dlu memandangkan hari pun semakin lewat.. Abu dan mat masih lagi di terminal. Bas yg sepatut nya dtg pada jam 10 malam tak lagi sampai. Ni sah kes nk lari dari operasi jpj. Abu dah membayangkan bahawa bas yg dia akan naik sememangya 'eksklusif'. Sementara menunggu kedatangan bas, abu dan mat sempatlah berkongsi cerita tentang kisah hidup masing²sambil makan kuaci.. Lucu jugak kisah si mat ni rupe nye.. hehe... Tgh syok bebual, tiba lah bas yg di nanti pada jam 12 malam... Abu bersalaman dengan mat dan terus menaiki bas.. Abu mengakhiri jejak langkah nya di bumi Kelantan pada jam 12.05.. Jam 7.00 pagi hari seterusnya, abu menuruni bas dan terus ke Kuantan Medical Center di mana ibu nya akan menjalani pembedahan pada jam 2.00 petang...  All is well~ Begitulah kisah perjalanan abu selama 65jam 15 minit ke Kelantan...

Entry berikutnya akan bersambung mengenai kisah ibunya yg menjalani pembedahan pada jam 2.00 hari tersebut~

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Link Exchange:

Sponsored By :