Powered By :

Followers

Saturday, March 12, 2011

Teruknya Tsunami di Jepun! Gambar dan Video.

Seperti yang semua sedia maklum, tsunami di Jepun berlaku di sebabkan gempa bumi berskala 8.9 skala ritcher petang semalam. Ombak setinggi 10 METER mengakibatkan sebahagian kawasan di Jepun di tenggelami air.. Bayangkan, ombak setinggi 10 meter. Mungkin lebih tinggi dari ketinggian rumah anda.. 





Kejadian itu mengakibatkan banyak kes kecederaan, namun kes kematian masih belum diperolehi dari kawasan yang dilanda bencana di pulau Honshu.


Ombak setinggi 10 meter dilaporkan melanda Sendai di timur laut Miyagi, pulau Honshu mengakibatkan banyak kapal, kereta dan sisa runtuhan dihanyutkan ke kawasan bandar. Gempa bumi itu mengakibatkan gegaran kuat bangunan di Tokyo yang dihuni 30 juta penduduk.

Sekurang-kurangnya enam kes kebakaran dilaporkan di Tokyo akibat gempa selain menyebabkan sistem subway dihentikan, siren kecemasan dibunyikan dan orang ramai berpusu-pusu keluar dari bangunan.

Kepulan asap dikesan membabitkan sekurang-kurangnya 10 lokasi di bandar raya itu di mana lebih empat juta kediaman terputus bekalan elektrik selain beberapa kawasan ditenggelami air termasuk kawasan letak kereta Disneyland Tokyo.

Gempa bumi berlaku pada jam 2.46 petang (0546 GMT) selama dua minit dengan gempa pertama kira-kira 400 kilometre di timur laut Tokyo, menurut US Geological Survey.

Ia diikuti beberapa gempa susulan antaranya sekuat 7.1 skala richter.

Perdana Menteri, Naoto Kan memanggil sidang Kabinetnya sejurus dilanda gempa dan kerajaan Jepun menghantar kapal tentera lautnya dari Tokyo ke kawasan yang paling teruk di timur laut Miyagi.

Jepun terletak di atas Lingkaran Api Pasifik dan turut mempunyai titik gunung berapi di mana Tokyo terletak di antara kawasan paling berbahaya.

Amaran tsunami turut dikeluarkan kepada Taiwan, Russia dan Kepulauan Mariana, kata Pusat Amaran Tsunami Pasifik.

sumber: www.harakahdaily.net.


Lihat di bawah, beberapa gambar dan video tsunami di Jepun:




Kereta, lori macam sampah sarap je..


Macam ni ke rupe tempat airplane landing?

Masih dapat dilihat gelombang tsunami yang melalui Sg. Naka di bandar Hitachinaka selepas gegaran 8.9 skala ritcher berlaku.

Sebuah kilang minyak di Ichihara mengalami letupan besar akibat gegaran yang kuat.

Pusaran. Sebuah kapal kecil kelihatan tidak terdaya lagi untuk melawan pusaran tsunami yang sangat besar..


Ketika gegaran berlaku. Pekerja berlindung di bawah meja.

Dah macam permainan... Mana ultraman? mana doremon?

Gelombang tsunami yang mula merempuh tebing pantai..

Air yang menjadi igauan penduduk Jepun..

Keadaan rumah yang di rempuh gelombang tsunami...

Terdapat juga rumah yang terbakar...

Ombak setinggi 10 meter.. Cuba anda bayangkan? ombak setinggi bangunan 2 tingkat... mungkin lebih...

jalan motorsikal ke jalan kereta ni?

ni gambar paling menarik. Kereta yang baru sahaja siap di pasang telahpun disusun rapi, kemas, padat dan berhimput oleh gelombang tsunami..

Ni ada sedikit video untuk tontonan dan atas keprihatinan anda untuk menonton:





Semoga Jepun kembali pulih. Kepada sahabatku, Syahrul Adli yang kini berada di sana, semoga berada dalam keadaan yang selamat dan sihat..


Kepada sahabat seluruh dunia, Miyabi yang kini mungkin juga berada disana, semoga berada dalam keadaan yang selamat dan sihat juga hendaknya...


sekian (:

Thursday, March 3, 2011

All is well

After 3 days in Kelantan, abu back to Pahang dengan hati yg berdebar. Debarkan mengenai pembedahan yg kan dijalankan kepada ibunda tersayang pada jam 2 petang. Jam 7 pagi abu tiba di Kuantan Medical Center (KMC).. Setibanya di KMC, abu terus ke bilik emaknya di bilik 213. Rindunye bile dia dapat melihat wajah mak dan ayahnya.. (: Tapi time tu emak abu dah mula berpuasa untuk pembedahan tersebut. Lebih kurang 10 minit abu di atas, emak nya menyuruh abu pulang untuk membawa atuk nya pula ke hospital yg selalunya di lakukan oleh ayah abu jika abu tidak berada di rumah. Memandangkan ayah menjaga emaknya, abu harus juga mengahantar atuk ke hospital memandangkan sudah 2 minggu terlewat. Selepas bersarapan pagi bersama ayahnya, abu pulan ke pekan pula untuk membawa atuknya ke hospital.. Selesai urusan atuk di hospital, abu bersama adiknya, hadri pergi semula ke KMC sebelum emaknya di bedah. Alhamdulillah, mereka sampai sebelum emak mereka di bedah. Tetapi ketika itu emak nya sudah pun bersiap sedia untuk di bawa ke dewan bedah.
ecece, muka steady je lagi time ni (;
Mak sebelum di masukkan ke dewan bedah. Tak dapat nak menahan sebak after on call with ayong. All is well mum. (:

Jam 2.15 pm, emaknya di masukkan ke dewan bedah. Lebih kurang 3 jam lebih di dalam dewan bedah, akhirnya mak abu keluar dari dewan bedah pada jam 5.35 pm. Muka nya pucat tak bermaya. Selepas 30 minit mak abu dikeluarkan, ayat pertamanya ialah, "hanif, sejuk...." ape lagi, kebetulan dimasa yg sama ibu saudara abu yg bertugas di hospital pekan ada, jadi dia lah yg banyak membantu sambil dibantu oleh ayah abu, abu, dan makciknya. Mereka meletakkan beberapa lapis pakaian di atas emak abu untuk memberi haba.






After 3hours ++ in surgery hall.

Bibir mak pucat. Sejuk dan dahaga agaknya. 

Malam tu mak dah mula sedar tapi still mamai² sebab bius still tak abis lagi. Then nurse datang, tambah lagi dengan ubat tahan sakit. Then mak collapse semula. While ada orang tgkkan mak time tu, abu bersama ayahnya pergi dinner bersama. Then dapat panggilan dari adiknya, Hafiz yg on that time tengah ketakutan di bumi mesir akibat tunjuk perasaan penentang Husni Mubarak.
Menurut hafiz, gambar di atas melihatkan sekumpulan penduduk yg mula utk membuat rusuhan.


Sedih sebenarnya tengok keadaan diyorg kat sane..
If tak silap, ni perjalanan mereka dari alex nk airport utk di bawa ke jeddah.
Ni la pesawat tentera yang akan membawa mereka ke Jeddah. Mengikut fakta Hafiz, Charlie ni mampu memuatkan 200 org sahaja,. So bygkan, ramai² tu nk kene sumbat dalam Charlie tu. Diyorg memang tak dapat nak duduk dengan selesa dalam Charlie tu n ada yg terpaksa berdiri.  Seorang pelajar wanita yg bertuah kerana pesawat Charlie yang membawa pelajar wanita telah pun berlepas dan pelajar wanita yg ke 201 itu terpaksa la naik bersama pelajar² lelaki ni. Tapi yang istimewa nya, pelajar tersebut berpeluang duduk bersebelahan dengan pilot Charlie. Wow. 
Antara anak Malaysia yang meraih ilmu di bumi Mesir.
Ni pulak di airport jeddah kot. If x silap la. x pun dekat tabung haji Malaysia.


Oke² dipendekkan cerita, mak abu beransur pulih hari demi hari sehinggalah ke hari terakhir iaitu pada hari ahad.. What a nice Chinese New Year dapat celebrate dgn nurse² , mak n ayah kat hospital.. Paling tak boleh dilupakan oleh abu when ayah penat sgt, then mak kejut tapi ayah tak sedar. Then abu la yg menolong emaknya nk minum air. Time tu, dapat rasa tanggungjawab sebagai seorang anak sulong tu sangat besar apabila dah dewasa. (:

 Ni budak ni tak tau la motif dia datang nak jaga mak or nak guna connection internet yg laju. >.<

 Mak n ayah abu tengok tv nak update berita pasal Hafiz time tu. Tak miss satu berita pun pasal Mesir time tu. huhu.

Ni pesakit kedua. So, xde katil, dapat toto je. haha.

Hari ahad tu will be the last day jugak abu mengahabiskan cuti mid term break nya. So, before balik, need to meet up with family first dekat KMC. Suddenly abu mcm terbau bau secret recipe la. Tapi buat² tak tau je lah. Ntah² kek orang lain ke. ahaha. So, abu bersama rakan² yang menumpang nak ke KL, singgah dulu di KMC. aha! dah agak. Memang got surprise there! TADDDAAA!!!

 Though birthday nya is on Tuesday, tapi Sunday tu mak abu nak celebrate dah memandangkan abu dah nk pulan ke KL. So, happy birthday abu dan ayahnya yang memiliki tarikh lahir yg sama 8 February. (:


 Birthday boy & birthday 'boy' jugak ke? hehe. birthday man la. hehe. :D
 Love both of you deeply. (:
Kek tu last² jadi mcm ape ntah after mengharungi perjalanan 8 jam ke KL. 8 jam???? gila lama! ni la hadiah dari rakyat Malaysia pulak:

 Ambik kau! Jammed! 20km before nak sampai tol Karak until lepas tol Gombak! pfft!
tercabut dah kaki abu menekan clutch manual that time.

Lane menghala ke Kuantan pun terpaksa digunakan untuk menghala ke KL. Ha, ini lah hadiah nye. Thx Malaysian! :D

Akhirnya sampai kembali ke Shah Alam lebih kurang jam 9 malam. Ayya. Penat woo. Tp tu la, apakan daya. Klau ada helicopter, dah sampai dah si abu ni ke Shah Alam tu petang tu jugak. haha.

Oke, tak tau dah nak cerita ape. Itu saja kisah abu! 
Sekian.



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Link Exchange:

Sponsored By :