Powered By :

Followers

Saturday, March 12, 2011

Teruknya Tsunami di Jepun! Gambar dan Video.

Seperti yang semua sedia maklum, tsunami di Jepun berlaku di sebabkan gempa bumi berskala 8.9 skala ritcher petang semalam. Ombak setinggi 10 METER mengakibatkan sebahagian kawasan di Jepun di tenggelami air.. Bayangkan, ombak setinggi 10 meter. Mungkin lebih tinggi dari ketinggian rumah anda.. 





Kejadian itu mengakibatkan banyak kes kecederaan, namun kes kematian masih belum diperolehi dari kawasan yang dilanda bencana di pulau Honshu.


Ombak setinggi 10 meter dilaporkan melanda Sendai di timur laut Miyagi, pulau Honshu mengakibatkan banyak kapal, kereta dan sisa runtuhan dihanyutkan ke kawasan bandar. Gempa bumi itu mengakibatkan gegaran kuat bangunan di Tokyo yang dihuni 30 juta penduduk.

Sekurang-kurangnya enam kes kebakaran dilaporkan di Tokyo akibat gempa selain menyebabkan sistem subway dihentikan, siren kecemasan dibunyikan dan orang ramai berpusu-pusu keluar dari bangunan.

Kepulan asap dikesan membabitkan sekurang-kurangnya 10 lokasi di bandar raya itu di mana lebih empat juta kediaman terputus bekalan elektrik selain beberapa kawasan ditenggelami air termasuk kawasan letak kereta Disneyland Tokyo.

Gempa bumi berlaku pada jam 2.46 petang (0546 GMT) selama dua minit dengan gempa pertama kira-kira 400 kilometre di timur laut Tokyo, menurut US Geological Survey.

Ia diikuti beberapa gempa susulan antaranya sekuat 7.1 skala richter.

Perdana Menteri, Naoto Kan memanggil sidang Kabinetnya sejurus dilanda gempa dan kerajaan Jepun menghantar kapal tentera lautnya dari Tokyo ke kawasan yang paling teruk di timur laut Miyagi.

Jepun terletak di atas Lingkaran Api Pasifik dan turut mempunyai titik gunung berapi di mana Tokyo terletak di antara kawasan paling berbahaya.

Amaran tsunami turut dikeluarkan kepada Taiwan, Russia dan Kepulauan Mariana, kata Pusat Amaran Tsunami Pasifik.

sumber: www.harakahdaily.net.


Lihat di bawah, beberapa gambar dan video tsunami di Jepun:




Kereta, lori macam sampah sarap je..


Macam ni ke rupe tempat airplane landing?

Masih dapat dilihat gelombang tsunami yang melalui Sg. Naka di bandar Hitachinaka selepas gegaran 8.9 skala ritcher berlaku.

Sebuah kilang minyak di Ichihara mengalami letupan besar akibat gegaran yang kuat.

Pusaran. Sebuah kapal kecil kelihatan tidak terdaya lagi untuk melawan pusaran tsunami yang sangat besar..


Ketika gegaran berlaku. Pekerja berlindung di bawah meja.

Dah macam permainan... Mana ultraman? mana doremon?

Gelombang tsunami yang mula merempuh tebing pantai..

Air yang menjadi igauan penduduk Jepun..

Keadaan rumah yang di rempuh gelombang tsunami...

Terdapat juga rumah yang terbakar...

Ombak setinggi 10 meter.. Cuba anda bayangkan? ombak setinggi bangunan 2 tingkat... mungkin lebih...

jalan motorsikal ke jalan kereta ni?

ni gambar paling menarik. Kereta yang baru sahaja siap di pasang telahpun disusun rapi, kemas, padat dan berhimput oleh gelombang tsunami..

Ni ada sedikit video untuk tontonan dan atas keprihatinan anda untuk menonton:





Semoga Jepun kembali pulih. Kepada sahabatku, Syahrul Adli yang kini berada di sana, semoga berada dalam keadaan yang selamat dan sihat..


Kepada sahabat seluruh dunia, Miyabi yang kini mungkin juga berada disana, semoga berada dalam keadaan yang selamat dan sihat juga hendaknya...


sekian (:

2 comments:

marina anakcikbob said...

Ya Allah... teruknya...
moga semua selamat.. ramai gak blogger malaysia kat sana.. hmm..

jammbush said...

tu la, mudah mudahan kan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Link Exchange:

Sponsored By :