Powered By :

Followers

Wednesday, May 18, 2011

Migrain? Apa puncanya?


Adoi sakit kepala!!
Duuno why suddenly i want to share with u guys about this kind of disease which usually affected people nowadays. Before this, tak pernah tertarik pun nak ambil tahu pasal ni. But now, i really want to know bout it (: 
Migraine ialah sejenis penyakit kepala yang kronik. Mangsa migrain selalunya tidak mampu menjalankan tugas seharian, malah ada yang tidak boleh makan, minum dan hanya menghabiskan masa di bilik tidur.  Kira-kira 12 peratus daripada golongan dewasa di negara ini menghidap migrain dan sebahagian besar daripada mangsa adalah wanita yang masih didatangi haid. Apabila mengalami migrain, pesakit biasanya mengalami sakit kepala yang teruk. Punca sebenar penyakit ini masih belum diketahui sehingga kini.





Actually, ada several factor yg menyebabkan migraine ni berlaku. Antaranya:

1) Tekanan emosi/ stress/kurang tidur dan banyak berfikir.
2) Pengambilan makanan seperti cokelat yang mengandungi monosodium glutamate.
3) Makanan tenusu seperti keju dan susu.
4) Makanan masam seperti buahan citrus or jeruk.
5) Minuman berkafein seperti nescafe/coke/coffee.
6)  Faktor persekitaran seperti suhu yang terlalu panas atau sejuk, cahaya terlalu terang atau bunyi yang terlalu bising.

Migrain terbahagi kepada dua jenis iaitu migrain yang wujud bersama aura dan migrain tanpa aura. Aura ialah perasaan ataupun fenomena yang subjektif dialami individu sebelum mendapat serangan penyakit. Pesakit migrain dengan aura mengalami pelbagai gejala seperti pandangan menjadi kabur dan nampak garisan seperti zig-zag ataupun gelombang seperti situasi yang dialami apabila berada di tengah jalan dalam cuaca panas terik. Kadangkala, penglihatan pesakit juga terhalang dan keadaan menjadi lebih teruk apabila pesakit tidak dapat melihat buat sementara waktu. Keadaan ini dikenali sebagai skotoma. Pesakit juga ada kalanya mengalami kebas sebelah tangan ataupun lemah anggota badan, terutama kaki dan tangan. Aura selalunya berlaku dalam tempoh beberapa minit hingga satu jam. Pesakit kadangkala mendapat migrain selepas satu hari mengalami aura. Bagaimanapun, ada juga pesakit yang tidak mengalami aura dan terus mendapat migrain.

Kira-kira 40 peratus migrain dialami di seluruh kepala, 40 peratus bermula pada sebelah kepala dan merebak ke seluruh kepala, manakala 20 peratus lagi bermula pada sebelah kepala dan tidak merebak ke seluruh kepala. Serangan migrain datang secara berperingkat dan kesakitan mencapai tahap maksimum selepas tempoh beberapa jam. Bagaimanapun, migrain selalunya dialami antara tiga hingga empat jam dan maksimumnya mengambil masa antara tiga hingga empat hari.

Selalunya, penghidap migraine akan mengalaminya seminggu sekali ataupun enam bulan sekali. Kita boleh melihat apabila pesakit itu kelihatan pucat dan berpeluh. Ha, maknanya nak migrain la tu. So, always be prepared kay? Bagaimanapun, migrain selalunya dialami antara tiga hingga empat jam dan maksimumnya mengambil masa antara tiga hingga empat hari. Mangsa juga kadangkala mengalami strok sementara. Dalam keadaan ini, mangsa mengalami lumpuh sebelah badan, tetapi keadaan itu hanya sementara dan akan pulih seperti biasa. Keadaan ini berlaku berikutan pengecutan urat darah dalam otak. Insyaallah kita semua tak ada la sampai tahap ni kan since our lifestyle tak minum minuman keras like western lifestyle.

Antara gejala lain migraine adalah seperti :
  1. Loya dan muntah-muntah. Kira-kira 70 peratus pesakit berasa loya dan sebahagian daripadanya muntah-muntah.
  2. Penglihatan pesakit menjadi begitu sensitif. Contohnya, mereka mengadu sakit mata apabila melihat cahaya. Keadaan itu dikenali sebagai fotofobia.
  3. Pendengaran turut menjadi sensitif dan keadaan itu dikenali sebagai fonofobia. Dalam keadaan ini, pesakit mendengar lebih kuat dan jelas setiap bunyi di sekelilingnya walaupun ia perlahan.
  4. Kemerah-merahan pada kulit, pada keliling mata ataupun dahi.
  5. Badan berpeluh.
  6. Pesakit terasa persekitaran mereka bergerak-gerak seperti menaiki bot, mabuk laut ataupun vertigo.
  7. Bercakap dengan suara perlahan. Pesakit tidak bercakap kuat kerana ia lebih menyakitkan.
  8. Pitam dan boleh menyebabkan pesakit mengalami kecederaan anggota badan.
Bagi yang mengalami sakit kepala lebih daripada tiga hari, anda perlulah mendapatkan rawatan susulan daripada doktor kerana anda mungkin menghidap penyakit lain.

So, kita dah tau symptom nya. Now, how kita nk merawat migraine ni?

Rawatan dapat dibahagikan kepada dua kaedah iaitu rawatan serangan dan pencegahan. Melalui rawatan serangan, pesakit dinasihatkan supaya berehat di dalam bilik yang gelap dan sunyi. Mereka diberi ubat seperti Paracetamol dan apabila perlu mereka diberikan Ubat Penahan Sakit dan Radang Bukan Steroid (NSAID).

Sekiranya kesakitan masih berterusan, doktor akan memberi ubat terkini iaitu Sumatriptan sama ada melalui suntikan ataupun ditelan. Kira-kira 80 peratus pesakit menunjukkan tindak balas positif pada ubat itu. Bagi pesakit yang sering muntah, mereka diberikan ubat Ergotamine yang perlu dimakan sama ada ditelan ataupun dimasukkan ke bawah lidah ataupun melalui suntikan.

2 comments:

Ni Kali Lah! said...

nice info... btw.. cute gambar hampster tu... :)

Johnny Ong said...

kena tau punca2 dulu. saya punya punca ialah kopi & penukaran suhu dlm masa yg singkat

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Link Exchange:

Sponsored By :