Powered By :

Followers

Wednesday, June 22, 2011

Insan Istimewa (:











Haih, rasa nya dah lama x mengupdate disini. Luckily got some free time for typing. Keje dah siap! :D So, like what i just said before, i just wanna share bout Sindrom Down. I've met 2 types of SD people before this. Yg first tu, mereka ni sgt pasif. Everything we need to handle n help them even dah umur 20 an pun still kena pakai pampers coz mereka x pandai bercakap. Ok, another type pulak is SD yg aktif. There are very easy to handle actually. Even boleh pergi ke skolah. I have a friend named Edy. He is one of SD peops. When the 1st time i met him, dy x byk ckp, dtg come forward to me, then terus salam. He's really nice n kind actually. Then, we go together to supermarket. Hehe, bukan main laju lagi si edy ni tolak trolly. Maybe dy seronok dapat jalan2 kan. Actually, kita x payah nk lyn dyorg ni mcm child sgt. Mereka dah big enough. Edy ni dah 21 tahun. So, easy to handle la. Even, mintak tolong dia pegi timbang barang pun, dy still can did it! Edy ni pun pandai bawak motor n penah pergi kesekolah. One thing yg special bout edy ni, he has a strong spirit, keinginan untuk membantu ibunya, dan ada keinginan untuk mencari duit. Can't wait to meet u again edy. :) Okey, kat bawah ni ade serba sedikit details bout SD. (:



MENGENALI SINDROM DOWN
Ramai pernah mendengar namun ramai juga cetek pengetahuan mengenainya. Ia bukan penyakit moden atau penyakit 'orang kaya', malah Sindrom Down (SD) tidak tepat dikatakan penyakit.
SD tidak boleh diubati. Ia terjadi kerana keadaan baka tidak normal. Dianggarkan SD terjadi pada kadar satu bagi setiap 650 kelahiran. Perkembangan mental dan fizikal kanakkanak SD lambat berbanding kanak-kanak biasa.
Kanak-kanak SD perlu pendidikan khas seawal mungkin agar dapat membantu mereka berdikari. SD terbahagi tiga—Trisomi, Translocation dan Mosaic. Tidak kira jenis apa, kanak-kanak SD boleh dikenali melalui wajah mereka yang hampir sama.

Masalah kesihatan dihidapi kanak-kanak SD:
  • Sakit jantung berlubang
  • Mudah mendapat selesema, radang tenggorok, radang paru-paru
  • Kurang pendengaran
  • Lambat/bermasalah bertutur
  • Penglihatan kurang jelas



Suasana membesarkan kanak-kanak SD:
  • Suasana persekitaran penting, membantu pembesaran   kanak-kanak SD. Ketenangan dan kemesraan penjaga dapat merangsang penerimaan pembelajaran lebih cepat.
  • Alat permainan perlu sesuai teknik pengajaran. Ia perlu ditambah untuk mengelak kebosanan mereka.
  • Kanak-kanak SD perlu berasa selamat, disayangi dan diterima   keluarga serta masyarakat. Ini membantu membentuk imej diri positif dan mendorong mereka belajar.
  • Disiplin perlu diterap pada usia awal. Nyatakan had tingkah laku yang dibenar dan tidak dibenarkan.
  • Perlu beri pujian kepada setiap kecermerlangan dicapai.

Membantu kanak-kanak SD bertutur
Kebanyakan kanak-kanak SD lambat bertutur. Mereka wajar dibantu pada usia awal. Antara langkah perlu diambil:

  • Adakan kegiatan atau permainan bahasa yang dapat menarik perhatian mereka.
  • Cuba dapatkan perhatian sebelum bercakap dengan mereka.
  • Jangan terlalu banyak bertanya. Tunggu tindak-balas mereka dan beri mereka peluang menjawab.
  • Guna ayat pendek dan bahasa mudah difahami.
  • Sambil bertutur, buat aksi atau lakonan.
  • Latihan berterusan.
  • Pilih masa sesuai, terutama ketika mereka masih segar dan aktif.
  • Tumpu kepada satu perkara. Beri masa, peluang dan latihan sebelum beralih kepada latihan baru.
  • Guna setiap peluang, berinteraksi dengan mereka.
  • Selalu beri tindak-balas kepada setiap percakapan mereka.
Peringatan kepada ibu bapa:
  • Cara terbaik kanak-kanak SD mempelajari perkara baru, melalui boneka.
  • Pilih alat permainan sesuai tahap perkembangan kanak-kanak.
  • Sedia bahan sampingan untuk permainan khayalan.
  • Jangan terlalu memaksa mereka melakukan sesuatu.
  • Boneka pilihan atau kesayangan, dapat dijadikan pendorong.
  • Apabila kanak-kanak SD boleh bermain dengan alat permainan mudah, mereka boleh dibiarkan bermain sendirian.
  • Jangan biar kanak-kanak SD bersendirian. Mereka perlu bergaul, memberi dan menerima tindak-balas daripada rakan.
Cadangan kepada ibu bapa
Jangan berasa sedih jika dikurnia anak SD. Ibu bapa perlu tabah dan atasi perasaan itu dengan menyayangi, membimbing dan mengajar mereka seperti anak normal.
Ibu bapa perlu membuat rujukan doktor, sekiranya mendapati anak mereka SD. 

Ciri fizikal kanak-kanak SD :
  • Hidung kemek
  • Lidah tebal dan kerap terjelir
  • Tapak tangan lebar
  • Tapak tangan ada hanya satu lipatan
  • Jari kelengkeng tangan melengkung
  • Jarak ibu jari kaki dengan jari kedua, lebar
  • Leher pendek dan besar
  • Kelopak mata berlipat-lipat
  • Sendi longgar
  • Otot lembik
Kepentingan permainan
Permainan penting membantu pembesaran setiap kanak-kanak.
Ia membantu pemahaman mereka mengenai kehidupan. Melalui permainan juga, kanak-kanak SD menjadi cerdik dan berkeupayaan memahami hubung kait, sebab dan akibat.
  • Permainan selidik dan jelajah
- tertarik kepada semua benda
- mengutip dan membelek objek
- menggigit, membaling dan menggosok objek pada permukaan lantai, untuk mendapatkan tindakbalas
- merangkak dan bertatih serta berminat membuka almari, laci, bakul atau kotak.
  • Permainan membina dan kognitif
misalnya, mencantum gambar berdasarkan corak, bentuk atau warna
  • Permainan sosial
- ketawa apabila digeletek
- bermain sembunyi-sembunyi
  • Permainan khayalan
- berpura-pura menjadi orang lain dalam suasana berbeza
- bermain masak-masak
  • Permainan merangsang pergerakan otot
- berlari, melompat, memanjat, menari dan mengayuh basikal
  • Permainan bahasa
- meniru gaya cakap
- menyanyi




Pemilihan Alat Permainan

Umur

Permainan

0 - 6 bulan

Loceng, alat permainan bergerak, tangan sendiri atau alat permainan yang boleh dipegang dan digigit

6 - 12 bulan

Alat permainan berbunyi dan boleh ditarik serta
permainan cantum bina

12 - 18 bulan

Kotak boleh disusun tinggi, kepingan kadbod
bercorak, bol, ai, buku bergambar

18 bulan -

Kotak, kepingan kadbod bercorak, permainan cantum 2 tahun bina, buku bergambar, boneka

*jangan pernah kecewa atau malu jika anda mendapat saudara mara, adik beradik mahupun yang mengalami SD. Sesungguhnya mereka ialah insan istimewa. Setiap manusia mengharapkan yang terbaik. Tapi Tuhan pasti tau apa yg terbaik untuk kita. Terima lah seadanya. Mereka juga berhak untuk mendapat kehidupan seperti manusia lain. (:
Pesanan ringkas itu tadi diberikan khas tulus ikhlas dari hati saya. Assalamualaikum dan selamat beramal! :D 

2 comments:

Anonymous said...

eventhough you never tell me about edy but i guess i know who he is.

err..jumpe kat mane ek edy ni ;p

jammbush said...

u know who he is? that would be great! if so, boleh la bring u together to meet edy! :D sorry, i can't tell u where u can find edy. :p if u want, just join me n i'll bring u along. :)unluckily, u r anonymous. :p

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Link Exchange:

Sponsored By :